Wednesday, June 12, 2019

Selamat Datang... Jangan Malu-malu....

Blog ni, saja je aku buat, supaya mudah bagi kamu-kamu nak carik resepi, kongsi-kongsi apa juga resepi yang kamu tau dengan semua orang. Jadi, pasal puan ripoter Izinni banyak kali dok tulis resepi kat blog dia, makanya aku kutip la satu-satu, boh kat sini. Bukan kata dia tukang masak yang hebat dan tersohor macam lelaki-lelaki lembut yang selalu muncul kat tibi tu, sama macam kita-kita juga, haha... Cuma dia kan dah tu we (hehe... suri) dan rajin masak, mesti tau banyak resepi yang sedap-sedap... Bila dah ada resepi buleh la dicuba kalau korang nak. Aku... hahah.. belum pernah cuba pun...


Kalau berminat akan resepinya... sila klik saja kat nama makanan yang kamu suka...


Aneka Masakan Mee
Mee Kari
Mee Sup Utara
Mi Bakso

Aneka Masakan Ikan
Bebola Ikan
Patin Masak Tempoyak
Ikan Stim Limau
Ikan Tiga Rasa
Kerisi Kukus

Aneka Masakan Ayam
Ayam Adobo
Ayam Jagung pop
Ayam Asam Pedas
Ayam Goreng 65
Ayam Krismas Khairyn

Sebenarnya.. aku belum mintak persetujuan lagi nih... Dah dapat permisi.. tak kira la dia kata plagiat macam semibelu ngan brendenpariara ke... Apa keja aku nak taip balik semua...


Kalau kamu-kamu rasa nak menyumbang sama... jangan malu-malu... cakap je, nanti aku antar surat jemputan untuk jadik penyumbang kat blog nih...

Friday, July 4, 2014

BISKUT RAYA

Pa'chik rekues resepi biskut raya yang mudah. Makanya aku letak resepi yang aku dah penah cuba. Resepi-resepi ni aku gugel tapi lupa la plak nak simpan sumbernya aku cedok dari mana. Gambar adalah hasil yang aku buat 3 tahun lepas. ;p

1. BISKUT COKLAT CHIP


Bahan-bahan
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang
Cara-cara
1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Goreng badam tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus.

2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yang telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yang telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven degan kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.

2. CRUNCHY OATS



Bahan A:420gm mentega
240gm gula kastor
1½ sudu teh cappucino emulco
½ sudu teh serbuk bikarbonat

Bahan B:
90gm oats
60gm bubble rice

Bahan C:
390gm tepung gandum
90gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Sedikit coklat masakan
Sedikit coklat urai
Sedikit putih telur - untuk celup adunan yang telah dibentukkan

Cara-cara:
1. Putar mentega dan gula kastor hingga sebati.
2. Kemudian masukkan cappucino emulco dan kacau adunan rata.
3. Masukkan oat bersama bubble rice dan kacau lagi hingga adunan sebati.
4. Masukkan serbuk bikarbonat bersama tepung jagung dan tepung gandum. Kacau rata hingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit.
5. Bentukkan adunan menjadi bujur dan kemudian celupkan ke dalam putih telur dan seterusnya golekkan di dalam oat.
6. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit.
7. Masukkan ke dalam acuan kertas dan celupkan separuh bahagian biskut dengan coklat. Hiaskan dengan coklat urai di atasnya.
** Pastikan biskut dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dicelup ke dalam coklat masakan. 


3. BISKUT SAMPERIT PANDAN 
sumber: http://citarasawan.blogspot.com/

Bahan A

200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B

250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.

Cara-cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
  2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.
  3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
  4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
  5. Biskut ini agak nipis, jika nak lebih tebal tindihkan selapis lagi.


4. Coklat chip ala2 famous amos

2 setengah cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
250g butter
Setengah cawan serbuk koko. (kalau nak cookies warna gelap sikit gunakan koko, kalau tak nak pun takpe)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 cawan chocolate chips

Cara-cara

1. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Campurkan dalam satu bekas dan gaul biar rata. Campurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat. Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati. Dalam 3, 4 minit.
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk.
6. Masukkan chocolate chips pulak. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.

Adunan memang akan lembik sikit, tu baru jadi. Kalau keras macam doh karipap or donat, tu tak jadi. Make sure masukkan tepung sikit-sikit dan tengok adunan macam mana. Pre-heat oven dalam 10 minits dengan suhu 170 celcius. Sementara tunggu oven panas, letak adunan dalam peti sejuk.


Selamat mengukis!

Wednesday, August 11, 2010

Nasik Kerabu

Nasik Kerabu

nasik kabu ni... secara beisik dia lah... ada dua jenis...

satu jenis kaler biru [itam ongsini panggey], dan kunen...

biru ni... makannya cam biasa la... ada sambal kelapa tu, ngan ulam, dan air lada lah...

kalau yang kunen tu... harus la kena ada kuah tumis dia tuh... yang kaler oren nampak cam kuah ayam percik je...


jadiknya... letak dedua lah ye..
ni kiranya... resepi orang tua dulu nih...



Nasik biru
nasik:
beras 2 pot
bunga biru tu, nama dia bunga telang, jangan amek moning glori ye... amek tu ramas lam air, pas tu amek air tu wat masak nasik la ye... [cara lain leh je rebus bunga nih]
daun limau purut
daun pandan
[masuk la seme sekali ni... macam masak nasik biasa je... bukan hapa sangat... :P]

sambal kelapa
1/2 bijik kepala parut, goreng tanpa minyak
bawang merah 7-8 bijik
serai 2 batang
ikan kembung rebus/bakar lam 4 ekor [kalau ikan selayang lam 6-7 ekor]
halia sikit
gula sekucup perasaan lah



[seme nih... kome tumbuk ala-ala manja je... jangan lumat pulak, nak kasik dia mesra sebati, ada sesetengah tu, dia pakai gaul saja... tok nyakok kata ong sinih...]

ulam
daun kesum
daun salam [dua ni je kalau nak ikutkan orang dulu-dulu punya stail]
toge dalam dua posen
timun sebatang
kacang panjang tiga ekor
bunga kantan sebatang
[seme ni korang hiris nenipis lah ye... tau kan??? kalau nak makan besor-besor gitu pun, lantok kome la yop...]

budu
budu ni, buleh je nak masak dulu.
kalau biasa je, pakai guna;
budu
air limau nipis
cili padi...
masuk je lam mangkuk...
nak makan tu amek la sesudu dua...

air lada
ni... opsyenal je untuk yang tak nak nasik tu kering sangat, nak buh budu banyak kang masin pulak kan...
biasa lah,
lada
bawang,
cuka,
gula,
garam
blend je seme nih... pas tu buh cuka... jadik je...


nasik kabu kunen
nasik
beras 2 pot
serai sebatang
kunyit idup sikit [nak air dia je... tak pun pakei le kunyit serbuk tu]
daun kunyit,
daun lengkuas.
[ni masak je la cam biasa... tak reti?]

sambal kelapa
sama je ngan sambal kelapa tuk yang biru, tapi tumbuk tu, kasik lebih sikit la... jangan ala-ala manja cam untuk yang biru, kira cam pukul anak sindir mentua lah...]

ulam pun sama je...

tumis
untuk tumis nih...
bawang putih 3 ulas
bawang merah 5-6 ulas
lada kering 5 tangkai
halia sikit
belacan sikit
[ni seme nih... korang blend sekali, kasik hancow seme... :P]
pas tu nak lagi;
1/2 kelapa amek santan dia
pas tu kan... ko masak je la seme nih sekali
masukkan jugak asam keping sekeping dua
kacau lah sampai mendidih ye, api jangan kuat sangat [ni tanak bagi santan tu berketul-ketul ye]
bila dah pekat tu, leh la kacau sesekali tanak kasik hangus je, sampai la pecah minyak. masa ni masukkan sekali gula melaka sikit [lam 1/2, ganti ngan gula la kalau takde gula melaka], garam sekucup perasaan lah]

tunggu lah sampai pecah minyak dan pekat ye...

budu
budu dia memang harus kena masak lah
budu
gula melaka
daun limau purut
air limau nipis
cili padi
serai
korang masak je ni seme sekali...

pastu pepandai la idang... lauk selalunya;
daging/ayam bakar
ikan celup tepung
telur masin
bawang putih jeruk
solok lada
keropok


ni gambarnya... tak berapa menyelerakan pun.. :P
gambar adalah dari serata ceruk jumpa kat gugel je...

BALIKRUMAH

Tuesday, September 8, 2009

Ikan Tiga Rasa

Bahan utama [penting neh...]

  1. Ikan [takleh guna ayam nanti tak jadik ikan tiga rasa]

Bahan 1 [cencang sampai alusssss]
  1. 10 ekor bawang putih
  2. Halia [agak² lam besar seruas jari manisah


Bahan 2 [pun cencang sampai puas...]

  1. 10 tangkai cili padi
  2. 3 bijik bawang merah
  3. setengah kuntum bunga kantan

bahan 3 [sos]
  1. pes tomyam dalam setengah sudu makan [kalau banyak... pedasnya agak melampau]
  2. 6 sudu makan sos cili [aku guna bolakim, megi punya.. tak beh pasal ada sikit rasa masam]
  3. [kalau ada, tambah sikit dalam sesudu makan sos cili siam yang berwarna jingga tu - cap sampan, cap itik tak beh]

bahan 4 [perasa]

  1. 7 sudu teh gula [gula saja, sudu ngan teh, tak perlu masuk sekali...]
  2. 2 sudu teh aji no {buleh kalau nak kurang, kurangkan sekali pes tomyam ngan lada} [ajino saja, teh ngan sudu tak yah...]
  3. 1/2 sudu teh garam [garam saja, teh ngan sudu tak yah masuk gak...]
  4. air [stok ayam lagi bagus] sikit je... nak bagi perasa nih sebati ngan sos tu...
Bahan last...
  1. air limau nipis dalam 2-3 sudu makan
  2. setangkai dua daun ketumbar/pakci [yang bau macam kumbang busuk tuh]

minyak untuk menggoleng... [agak-agak nak tenggelamnya kapal van der wijck semua bahan yang dicencang tuh...

caghe-caghe...

Goreng ikan. [petua- celup jari yang kebasahan dalam bekas garam alus tu, renjis kan jari jemari ke udara, kemudian, sapu kat ikan tu... tak nak bagi bodi ikan tu angus...]
{ikan kalau nak belah dua, buang tulang tengah, satu cara celupkan dalam tepung dulu, tapi nanti korang rasa muak pulak, satu cara lagi, cucuk ngan lidi bagi tegak badan ikan tu}


caghe-caghe bikin kuah...

  1. memula moon panaskan minyak...
  2. tumis bahan satu, bila bau sudah terbit seperti mentari subuh.. masukkan bahan 2... pun sampai baunya terebit...
  3. kendian, masukkan sos, pes tomyam [dan sos cili siam tu kalau ada],
  4. bila dah agak masak, masukkan gula, garam, dan ajino, berserta air, kecikkan sikit apinya, tidak korang kena kacau ngan antu jangan berenti, takut berkerak pulak kang...
  5. bila agak-agak rasanya dah sekata, masukkan air limau nipis, bila dah hampir nak masak, masukkan hirisan daun ketumbar tadi...
  6. tunggu sekejap... wahai kasihh....
  7. angkat. tuangkan kat atas ikan yang telah diguring terlebih dulu...


NotaKakiMakan
  1. sukatan aku main agak pasal kat sudu sukatan tu saiznya kecik amat... besar kuku jari kelingking [gula=12 ajino=4 garam=2]
  2. sudu untuk sos pulak, dulu aku guna sudu yang orang guna untuk air laici tu.. yang ada kaler oren, merah, biru segala... [dalam 12 sudu]
  3. air limau pulak, aku guna senduk yang tangkainya tegak tuh.. dalam satu senduk [kecik saja saiznya, agaknya lam dua sudu makan kot...]
  4. buleh gak kalau tak nak guna ikan, dulu, aku tuang kat atas telur dadar kosong je... [jadik telur tiga rasa la...]

Pentingg!!!!!

Kalau ko buat tak jadik, nanti akan jadi ikan 4 rasa... {rasa tak puas ati...]

Ooitt.. wari wari.. hari tu, pasal ada sikit masalah masa buat nambering tuh, aku dah tulih gula tu, tapi didilitkan pulak oleh menatang blogger neh... gomenasai!!


Thursday, July 23, 2009

MEE REBUS


Bahan-bahan:

ubi kentang/keledek
udang
daging
cili boh
mee
taugeh
telur direbus
.
[err semua kuantiti ikut suka hati... main agak2 je]

.
cara-cara:

.
1. Ubi kentang/keledek direbus dengan kulit2nya sampai empuk.
.
2. Sambil tu, rebus daging ngan udang dalam periuk lain.. daging takyah potong halus2 dulu pun takpe... potong lepas dah rebus lembut...
.
3. Bila kentang dah empuk, toskan pastu buang kulit... kemudian blender [guna air rebusan daging ngan udang tadi]...
.
4. Blender gak separuh dari udang yang direbus tadi.
.
5. Satukan semua bahan2 yang dah diblender dalam periuk.
.
6. Masukkan cili boh, daging yang dah dipotong dan baki separuh lagi udang... bahan perasa secukup rasa... [daging sukati la nak masukkan semua dalam kuah atau nak ketepikan separuh untuk bubuh masa nak makan]. Kacau sebati dan masak sampai masak...
.
7. Ccelur mee dan taugeh.
.
8. Buh la daun sup, bawang goreng, cili merah sebagai hiasan dan penambah sedap masa nak makan...
.
.
ps: kalau nak tumis dulu cili boh pun buleh... hari tu dah terlajak, x tumis pun... tapi maintain sedap je... lagi satu kalau guna ubi kentang, boleh gak tambah baked beans [diblender] untuk menambahkan rasa manis kuah...


Tuesday, December 30, 2008

ayam seksih Krismas 2008

Ayam.. aku kan suka ayam

Ni resepi aku ubah suai dari ayam belanda... kira golongan ayam gak kan?


Bahan utama mestilah ayam kan? Pastikan ayam tu seksih dan cun. Ayam aku kurang cun sket sebab ada luka kat tangan dia.. tapi janji ayam lah kan.

Kalau ayam tu ayam beku, biarkan dulu dalam suhu biasa. Kang beku-beku di bakar keluar air jer. Aku biarkan semalaman nak bagi dia dalam room temperature. Basuh luar dalam dan keringkan.






Untuk isi dalam, aku guna bawang, lobak merah, capsicum dengan seleri. Kalau nak ikut resepi asal guna parsley daun ketumbar kan? Rasanya la.. tapi sebab aku tak jumpa, aku guna capsicum dengan seleri. Potong-potong.





Guna minyak zaitun atau mentega, sapu bahagian dalam ayam. Perah separuh biji lemon dalam bahagian ayam tu dan masukkan sayur-sayuran yang dah dipotong tu. Sumbat bontot ayam dengan aluminium foil, tak mahu isinya terkeluar. Sapu bahagian luar dengan mentega atau minyak zaitun. Letak garam dan lada hitam.Ikat kaki ayam dengan kepak. Telangkupkan untuk dibakar. Kalau terlangkup bahagian dada ayam tak kering sangat sebab jus ayam akan ke situ.





Bakar dalam oven selama setengah jam dalam suhu 200C, lepas setengah jam turunkan suhu hingga 160C dan bakar selama 2 jam. Tapi cek la kalau dah masak. Potong tepi sikit kalau nak tengok dalamnya dah masak ke belum. Bukak ikatan dan baringkan ayam. Sedia untuk dimakan lah tu






Ayam bakar biasanya dimakan dengan sayur bakar.
Buat sayur bakar ni pun senang aje. Kuantiti ikut suka.
1- Bawang besar sebiji dipotong empat
2- Lobak merah dipotong besar
3- Kentang dibasuh dan dipotong empat or dua
5- Capsicum potong besar
6- Parsnip. Aku rasa bukan lobak putih sebab parsnip ni manis rasanya. Potong besar gak.
Masukkan semua dalam dulang pembakar yang dah disapu mentega.Letak dua sudu besar golden syrup tapi aku rasa boleh ganti dengan madu kot. Letak satu sudu besar air panas. Lambung-lambung sayur tu bagi serata dah tu bakar dalam oven suhu 160C selama sejam. Cek la kalau agak2 kentang dah masak tu boleh lah keluarkan. Makan dengan ayam.

Untuk Sos ayam pula aku guna minyak ayam tadi. Masak balik campur dengan epung jagung dan setengah cawan air. Letak thyme dan rosemary hahahahha tak dak? guna ajelah mixed herb. Letak garam letak lada hitam secukup rasa. Masak jaga-jaga jangan bagi berketul. Agak-agak dah masak tu, masukkan dalam blender dan blend. Guna hand blender senang sikit.

AMARAN
Resepi ni aku ubah suai ikut suka hati aku jadi ubah suailah ikut sukahati korang juga. Biasalah kalau tak sedap tu gunalah sos cili kan hahahaha... tapi ayam jarang jer tak sedap.




Wednesday, October 8, 2008

Rol Tapak Kuda

BAHAN
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
50g tepung gandum
15g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
100g gula caster
50ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
75ml mentega cair
1 sudu makan coklat emulco
secukup coklat Nugotin atau Nutella

CARA
Panaskan ketuar 180-200 darjah C, mengikut kepanasan ketuhar masing-masing. Siapkan 3 loyang berukuran 10"x5"x2", alas dasarnya dengan kertas minyak. Lembutkan Nugotin atau Nutella dalam mangkuk atas mangkuk yang berisi air panas (bain-marie) sehingga lembut tetapi kental, supaya mudah disapu di atas kek.

Gaul tepung gandum, baking powder, tepung jagung dan ayak. Masukkan dedalam mangkuk mixer campuran tepung, kuning dan putih telur, gula caster, susu segar, ovalette dan esen vanilla. Putar sebentar perlahan supaya bahan-bahannya bergaul rata. Seterusnya tingkatkan kelajuan mesin dan masukkan mentega cair, sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Hentikan mesin dan keluarkan sebanyak 250 gram adunan. Tuang kedalam mangkuk lain dan campurkan coklat emulco, kacau rata dan ketepikan.

Isi adunan coklat kedalam paiping bag dan picit didalam loyang-loyang yang disediakan. Buat yang sama dengan adunan putih dan picit diatas adunan coklat.

Bakar dalam ketuhar selama 5-7 minit sahaja. Jangan bakar terlalu garing supaya kek tidak mudah merekah ketika melipat bentuk tapak kuda.

Apabila masak, keluarkan kek dari loyang, kopek lapisan kertas dan biarkan kek sejuk sebentar. Sapukan coklat Nugotin/Nutella diatas kek, lalu dilipat dua memanjang, dari hujung ke hujung. Dinginkan sebelum dipotong kepingan selebar 1.5cm.

PANDUAN
Adalah lebih baik jika kek rol ini dibekukan di dalam peti ais. Keluarkan dari peti ais 1 jam sebelum dihidang.


Wednesday, September 17, 2008

Nasi Ayam Melayu

Bahannya:
* 1 ekor ayam
* 2-3 daun pandan dipintal
* 1 keping halia dititik
* 1 cteh garam
* air secukupnya untuk merebus ayam

Untuk dilumur pada ayam yang telah direbus:
* 2 ulas bawang putih}
* 1 keping halia } dihaluskan
* 1 cteh serbuk kunyit
* garam secukup rasa
* 1 1/2 cteh madu

Untuk hiasan:
* daun lettuce
* Timun dan tomato - dihiris
* Bawang goreng

Cara untuk memasak ayam:
Jerang air bersama garam, daun pandan dan halia di dalam sebuah periuk besar sehingga mendidih. Setelah betul-betul mendidih, masukkan pula ayam, dan rebus selama 10 minit. Angkat dan ketepikan. Simpan air rebusan ini untuk memasak nasi dan membuat kuah supnya. Lumur ramuan halia dan garam di merata-rata ayam rebus yang masih panas itu. Kemudian lumurkan madu pula.

Pijarkan minyak di dalam sebuah kuali. Masukkan ayam dan kecilkan apinya sedikit. Goreng sehingga garing-garing lembab.


Bahan untuk nasi:
* 500g beras dicuci dan ditos
* 2 ulas bawang kecil }
* 2 ulas bawang putih} dicincang halus
* 1 1/2 cbsr minyak bijan
* 2 helai daun pandan dipintal

Caranya:
Pijar minyak, tumis bawang-bawang cincang sehingga wangi. Masukkan pula beras, digaul rata dengan minyak selama 5 minit. Pindahkan beras yang telah ditumis ke dalam periuk memasak nasi, tuangkan 2 1/2 cawan air rebusan ayam dan masak sehingga tanak.


Bahan untuk kuah sup:
* Air rebusan ayam
* Kaki ayam (ceker) dan mempedal
* 1 tangkai daun sop
* 2 tangkai daun bawang
* garam secukup rasa
* serbuk lada putih
* bawang goreng - utk taburan

Carannya:
Jerang air bekas rebusan ayam yang lebih itu bersama ceker serta mempedal. Setelah mendidih bubuh perasa, daun sop dan bawang. Sebelum dihidang, asingkan ceker dan mempedalnya. Tabur bawang goreng di atas sop itu.


Bahan untuk cili sos:
* 15 batang lada kering
* 10 batang lada merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 cawan air

Masukkan kesemua bahan-bahan diatas kedalam alat pengisar, dan kisar sehingga halus.

* 1/2 cawan air
* 2 cbsr gula merah
* garam secukup rasa
* 3 biji limau nipis - ambil air perahannya

Caranya:
Masak kesemua bahan yang telah dikisar bersama air, gula merah serta garam sehingga sebati. Angkat ketepikan dan campur pula air perahan limau.



Thursday, June 12, 2008

Kek Buah


250 gm tepung gandum

220 gm gula aising

1 buku mentega

3 biji telur (saiz besar)

1 kotak buah-buahan campuran

3 sudu oren sunquick




1. Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.

2. Masukkan telur, pukul hingga kembang.

3. Masukkan oren sunquick.

4. Masukkan tepung dan buah-buahan campuran. Kacau sehingga sebati.(Jangan terlalu lama)

5.Tuang ke dalam bekas yang sesuai.

6. Bakar sampai masak.:)



Thursday, May 1, 2008

Nekbat


Bahan-bahan :
  • 10 biji telur
  • 10 sudu gandum(digoreng)
  • acuan baulu
  • 1/2 kilo gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 5 kuntum cengkih


Cara Membuatnya :
  1. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.
  2. Ambilkan 5 senduk telur yang dipukul tadi ke dalam mangkuk yang lain.
  3. Masukkan gandum yang digoreng tadi sedikit sahaja.
  4. Kacaukan ia biar sebati hingga menjadi pekat seperti adunan baulu.
  5. Setelah betul-betul pekat, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dengan menggunakan satu sudu besar.
  6. Panaskan acuan itu dengan menggunakan api di atas dan di bawah.
  7. Buatlah sedemikian hingga habis adunan.

Cara Menyira :
  1. Gula dimasak dengan air dan bunga cengkih.
  2. Setelah air mendidih, masukkan cek mek molek ke dalam air gula itu.
  3. Balikkan ia supaya air gula itu meresap




Friday, February 15, 2008

Kerisi Kukus

Memandangkan sekarang adalah musim berpantang bagi yang empunya diri, jadi resipi pun resipi orang dalam pantang la ya. Tapi, orang bukan dalam pantang pun buleh makan juga ..

Bahan-bahan:
Ikan kerisi
Bawang besar
Bawang putih
Halia (hiris halus)
Lada hitam
Cili kisar
Lobak jeruk
Carrot
Lobak putih
Garam
Gula
Cuka

Cara:
1) Ikan kerisi disiang, dibersih dan dikelar. Lumur garam dan lada hitam yang ditumbuk ke seluruh badan ikan. Masukkan dalam pinggan.
2) Taburkan halia dihiris nipis, lobak jeruk, carrot dan lobak putih yang dipotong nipis.
3) Kukuskan ikan sehingga masak.
4) Di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih sampai layu. Kemudian masukkan cili kisar mengikut citarasa. Nak pedas letak lebih. Tumis sampai naik minyak.
5) Masukkan cuka. Tumis lagi sampai cukanya kering dan bahan tumisan naik minyak sekali lagi.
6) Masukkan air ikut suka nak banyak mana. Garam dan gula secukup rasa.
7) Bila dah masak, tuangkan kuah keatas ikan yang dah siap dikukus. Makan masa lauk dan nasi masih panas-panas.



Thursday, January 24, 2008

Kerabu Kaki Ayam

Ni resepi kerabu kaki ayam yang ringkas.. kaki ayam bintang tu ya.. bukan orang yang berkaki ayam...

Kaki ayam lam lima pasang [buleh gak pakai kaki ayam yang dah siap disiang yang ada dijual kat supermarket tuh..]


bahan 1
Cili padi 3-5 ekor [nak pedas, tambah lagi...]
serai sebatang [tengok saiz lah...]
bawang merah 2-3 bijik
daun ketumbar setangkai dua

bahan 2
kicap sotong siam tuh [err.. sos ikan lah...]
[kalau ikut.. aku ada lagi satu kicap siam punya gak... cap tudung mas... ni pun masuk gak...]
gula sikit [kalau suka lah...]
1 sudu sos tiram
air limau nipis dalam 2-3 sudu [sukati lah nak masam lebih tambah lagi...]

memula, rebus dulu kaki ayam sampai lembut lah...

memula mayang halus semua bahan 1 tuh... masukkan lam satu bekas...

pas tu, buh la bahan 2

udah tu.. bila kaki-kaki ayam tu dah lembut... potong-potong lah bagi kecik-kecik [kalau nak potong dulu sebelum rebus pun buleh...]

sudah tu, masukkan lah sekali kaki-kaki ayam, tu dalam bekas tadi, amik sikit air rebusan tadi, gaul-gaul, penyek-penyek lah semua benda lam bekas tuh.. sampai korang rasa dah bergaul mesra...

pastu, amek buh lam pinggan ke piring ke.. mana-mana lah... kalau nak makan sendiri, buleh je amek terus dari bekas tuh... ekekek...

[buleh saja tukar jadi kerabu perut... cuma tukar bahagian kaki ayam tu kepada perut.. yang lain sama je... sotong, udang, buleh gak...kalau ikan bilis... tak yah masuk kicap sotong tuh... kang tak pasal masin berdengung-dengung....]





Wednesday, December 26, 2007

Dalca Kambing

Bahannya:
Daging rusuk kambing
kacang dhall - direndam dahulu

Haluskan:
halia
bawang putih
bawang besar

lada hijau
lada merah
daun kari
kayu manis
biji pelaga
cengkih
kacang panjang
kentang
lobak merah
terung
tomato
rempah kari daging
kelapa parut
asam - dicampur dgn santan dan ditapis

Bahan utk tumis darat:
1 biji bawang besar - dihiris
1 cbsr serbuk lada
beberapa helai daun kari

Caranya:
Rebus daging dgn kayu manis, pelaga, cengkih dan garam dalam periuk sehingga daging empuk dan dhall lembut.

Tumis bahan halus dan rempah kari, kemudian masukkan ke dalam rebusan daging.

Masukkan pula kentang, lobak merah, kacang panjang, terung, tutup dan biarkan ia mendidih selama 5 minit.

Tuangkan santan yang telah dicampur dgn air asam dan tutup lagi. Masak sehingga mendidih dan sayuran itu elok masaknya. Akhir sekali masukkan tomato, cili merah dan hijau.

Pijarkan minyak di kuali dan masukkan perencah tumis darat. Kacau hingga garing. Kemudian tuangkan kesemuanya dgn minyaknya sekali ke dalam periuk dalca itu.



Saturday, December 15, 2007

Laksam

Tepung Beras err... sekampit kecik tuh...
Tepung Gandum... 2 Cawan...

Air...

Pas tu.. bancuh lah ketiga-tiga bahan tu.. biar jadi agak-agak pekat cam nak buat lempeng...

Tuang dalam acuan [selalu orang guna tudung periuk lah...]
Kukus sampai masak...

Angkat, pas tu gulung lah...




Monday, December 3, 2007

Kuah Laksam


dua tiga minggu hari tu .. aku teringin makan laksam. tapi masalahnya kat area aku ni susah nak carik. Kawan yang reti buat nun jauh duduk kat tempat jin bertendang balakong. so, kenalah buat sendiri. laksamnya aku tak reti nak buat, so aku ganti dengan mee laksa utara. kuah laksam tu bulehlah dibega-bega. errr pa'chik ... betui ka begaan kuah laksam aku? hehehe

Kuah Laksam

Ikan kembung (rebus dan asing isi dari tulang)
santan
bawang merah
lada hitam
asam keping

Cara:

1) isi ikan diramas, tulangnya dikisar dan ditapis airnya
2) masukkan isi ikan dan air rebusan dalam periuk
3) blend bawang merah. tumbuk lada hitam secukup rasa
4) campur bawang merah kisar dengan lada hitam dalam periuk. masuk asam keping, garam secukup rasa.
5) masak sampai mendidih.
6) buat ler sambal belacan sikit. ulam2 dia diracit halus = kacang panjang, daun kesom, timun, daun selom. taugeh.



Thursday, November 29, 2007

MURTABAK BISKUT

Murtabak Biskut

1 bungkus biskut lemak
Daging hancur
Bawang besar ( potong dadu )
Rempah kari daging ( dicampurkan air dan digaul sebati pada daging )
Susu cair ( dicampurkan 2 cawan air )
Daun bawang, daun sup ( potong halus )
Bawang besar ( ditumbuk )
Bawang putih ( ditumbuk )
Halia ( ditumbuk )
Perasa secukup rasa
Minyak masak

Cara membuat intinya: -

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah yang telah dicampurkan dengan daging tadi. Kacau sehingga kering.

3. Kemudian masukkan bawang yang telah didadu. Tambah perasa secukupnya.

Cara membuat lapisan: -

1. Sediakan dulang yang telah dialas dengan aluminium foil.
2. Panaskan susu cair... jangan sampai mendidih, suam2 je. Tambahkan secubit gula dan garam.
3. Kemudian, celupkan biskut ke dalam susu cair sehingga lembut... jangan sampai hancur... bagi kembang je...
4. Angkat perlahan-lahan dan susun dalam dulang.
5. Sapukan kuning telur, ratakan inti daging, taburkan daun bawang dan daun sup.
6. Ulang langkah yang sama sampai habis. Lapisan atas sekali mestilah biskut. Bakar dalam oven sehingga kekuningan.
.
.
ps: errr resepi ni dapat masa praktikal dulu tapi tak pernah cuba sendiri lagi... huhuhu... penah makan hasil bakaran tuan punya resepi je... sila la merajinkan diri cuba resepi ni... senang je sebenarnya... hehehe... ;)



Tuesday, October 30, 2007

Nasi Bukhary



Bahan-bahan

1 gantang (3.5kg) beras Basmathi
1-2kg daging lembu/ kambing
1 tin (454gm) minyak sapi QBB
5 labu bawang besar
2 botol sos tomato Delmonte
1 tin susu cair
1 genggam cendawan India (Shaimah Hindiyyah)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili


Rempah Nasi (Dikisar)

9 kuntum bunga lawang
10 batang bunga cabe
1.5 biji buah pala
1.5 s/b ketumbar
38 ml jintan (1/3 jintan manis + 2/3 jintan putih)


Rempah Sup

4 kuntum bunga lawang
3 btg kayu manis (2 inci setiap satu)
37 biji buah pelaga hindi
45 kuntum bunga cengkih
2 s/b jintan (1/3 jintan manis + 2/3 jintan putih)
Sedikit buah pala
1 s/b lada hitam


Rempah Menumis

7 inci kayu manis
35 biji buah pelaga hindi
43 kuntum bunga cengkih



Cara Memasak

  1. Rebus daging dengan rempah sup. Tambah garam dan masak hingga daging empuk.
  2. Rempah nasi yg telah dikisar dibancuh dgn sos tomato.
  3. Tumis bawang besar sampai kekuningan.
  4. Masukkan rempah menumis, serbuk kunyit dan serbuk cili serta bancuhan rempah sos tomato tadi.
  5. Masukkan daging yg telah empuk direbus dan biarkan dalam 15 minit.
  6. Masukkan air sup sama dengan sukatan beras.
  7. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  8. Bila mendidih, masukkan susu cair dan cendawan india serta beras yang telah dibasuh.
  9. Boleh tambah daun ketumbar dan pudina untuk lebih enak.


Cendawan India (Shaimah Hindiyyah)
Boleh didapati di kedai rempah-ratus di sekitar Masjidil Haram, Mekah dan digunakan untuk menambah aroma Nasi Bukhary




Bunga cengkih, bunga lawang, bunga cabe dan pelaga hindi



Nota Kaki:
  • Daging lembu/ kambing boleh diganti dengan ayam (untuk yang banyak penyakit la kan)
  • Yoghurt boleh ditambah sebagai pelengkap hidangan
  • Sedap dimakan dengan jelatah, sambal lada dan paceri nenas.
  • Resepi ehsan seorang kawan


Paceri Nenas



Cara Membuatnya:

  1. Sebiji nenas dikupas kulit dan dipotong kiub
  2. Tumis 5 ulas bawang merah
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga dan ditumis hingga naik bau
  4. Masukkan satu cawan air, sedikit gula dan 1 sudu teh garam
  5. Jika hendak masam tambah cuka sedikit
  6. Bila mendidih, masukkan nenas dan masak hingga agak kering



Jelatah


Bahan-bahan:

3 batang timun
2 biji tomato
1 labu bawang besar
Daun bawang dan daun sup
Garam dan gula

Cara Membuatnya:

  1. Gaul timun dan tomato yang telah dipotong
  2. Masukkan daun sup dan daun bawang, garam dan gula serta perahan limau nipis
  3. Gaul sebati dan hidang

Nota Kaki:

Boleh juga guna resepi jelatah tomato di sini.




Sambal Lada


Bahan-bahan:

5 tangkai cili merah
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis
Garam dan gula

Cara Membuatnya:

  1. Kisar cili merah, ½ biji tomato, ¼ biji bawang besar, garam, gula dan perahan limau nipis.
  2. Masukkan bahan yg telah dikisar dalam mangkuk.
  3. Potong 1 ½ biji tomato dan ¾ biji bawang besar dan campurkan ke dalam mangkuk. Gaul rata dan hidang.