Wednesday, September 26, 2007

Buah Peria


Bahan-bahan :

Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa
sedikit garam
1 helai daun pandan

kulit :
2 cawan tepung pulut - dicampur
1/2 cawan tepung beras - dicampur
3 camca besar santan pekat
1 camca teh air kapur
sedikit air untuk menguli

pewarna

Cara Membuatnya :

1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)

2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.

3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang 6 cm.

4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.

5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah dimasukkan pewarna.

6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.

7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.

8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.

9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.



2 comments:

tyrexia said...

cit. ingatkan betul2 pakai peria yg pahit tu.
huhu~

Sarifah Norziani said...

Suka sangat kuih nih.bile merantau kt johor x jumpa dah.nasib baik jumpa resepi kt sini.timo kasih deh