Thursday, July 23, 2009

MEE REBUS


Bahan-bahan:

ubi kentang/keledek
udang
daging
cili boh
mee
taugeh
telur direbus
.
[err semua kuantiti ikut suka hati... main agak2 je]

.
cara-cara:

.
1. Ubi kentang/keledek direbus dengan kulit2nya sampai empuk.
.
2. Sambil tu, rebus daging ngan udang dalam periuk lain.. daging takyah potong halus2 dulu pun takpe... potong lepas dah rebus lembut...
.
3. Bila kentang dah empuk, toskan pastu buang kulit... kemudian blender [guna air rebusan daging ngan udang tadi]...
.
4. Blender gak separuh dari udang yang direbus tadi.
.
5. Satukan semua bahan2 yang dah diblender dalam periuk.
.
6. Masukkan cili boh, daging yang dah dipotong dan baki separuh lagi udang... bahan perasa secukup rasa... [daging sukati la nak masukkan semua dalam kuah atau nak ketepikan separuh untuk bubuh masa nak makan]. Kacau sebati dan masak sampai masak...
.
7. Ccelur mee dan taugeh.
.
8. Buh la daun sup, bawang goreng, cili merah sebagai hiasan dan penambah sedap masa nak makan...
.
.
ps: kalau nak tumis dulu cili boh pun buleh... hari tu dah terlajak, x tumis pun... tapi maintain sedap je... lagi satu kalau guna ubi kentang, boleh gak tambah baked beans [diblender] untuk menambahkan rasa manis kuah...


1 comments:

wann said...

yey mee rebus.. timakasih :D