Wednesday, December 26, 2007

Dalca Kambing

Bahannya:
Daging rusuk kambing
kacang dhall - direndam dahulu

Haluskan:
halia
bawang putih
bawang besar

lada hijau
lada merah
daun kari
kayu manis
biji pelaga
cengkih
kacang panjang
kentang
lobak merah
terung
tomato
rempah kari daging
kelapa parut
asam - dicampur dgn santan dan ditapis

Bahan utk tumis darat:
1 biji bawang besar - dihiris
1 cbsr serbuk lada
beberapa helai daun kari

Caranya:
Rebus daging dgn kayu manis, pelaga, cengkih dan garam dalam periuk sehingga daging empuk dan dhall lembut.

Tumis bahan halus dan rempah kari, kemudian masukkan ke dalam rebusan daging.

Masukkan pula kentang, lobak merah, kacang panjang, terung, tutup dan biarkan ia mendidih selama 5 minit.

Tuangkan santan yang telah dicampur dgn air asam dan tutup lagi. Masak sehingga mendidih dan sayuran itu elok masaknya. Akhir sekali masukkan tomato, cili merah dan hijau.

Pijarkan minyak di kuali dan masukkan perencah tumis darat. Kacau hingga garing. Kemudian tuangkan kesemuanya dgn minyaknya sekali ke dalam periuk dalca itu.



Saturday, December 15, 2007

Laksam

Tepung Beras err... sekampit kecik tuh...
Tepung Gandum... 2 Cawan...

Air...

Pas tu.. bancuh lah ketiga-tiga bahan tu.. biar jadi agak-agak pekat cam nak buat lempeng...

Tuang dalam acuan [selalu orang guna tudung periuk lah...]
Kukus sampai masak...

Angkat, pas tu gulung lah...




Monday, December 3, 2007

Kuah Laksam


dua tiga minggu hari tu .. aku teringin makan laksam. tapi masalahnya kat area aku ni susah nak carik. Kawan yang reti buat nun jauh duduk kat tempat jin bertendang balakong. so, kenalah buat sendiri. laksamnya aku tak reti nak buat, so aku ganti dengan mee laksa utara. kuah laksam tu bulehlah dibega-bega. errr pa'chik ... betui ka begaan kuah laksam aku? hehehe

Kuah Laksam

Ikan kembung (rebus dan asing isi dari tulang)
santan
bawang merah
lada hitam
asam keping

Cara:

1) isi ikan diramas, tulangnya dikisar dan ditapis airnya
2) masukkan isi ikan dan air rebusan dalam periuk
3) blend bawang merah. tumbuk lada hitam secukup rasa
4) campur bawang merah kisar dengan lada hitam dalam periuk. masuk asam keping, garam secukup rasa.
5) masak sampai mendidih.
6) buat ler sambal belacan sikit. ulam2 dia diracit halus = kacang panjang, daun kesom, timun, daun selom. taugeh.



Thursday, November 29, 2007

MURTABAK BISKUT

Murtabak Biskut

1 bungkus biskut lemak
Daging hancur
Bawang besar ( potong dadu )
Rempah kari daging ( dicampurkan air dan digaul sebati pada daging )
Susu cair ( dicampurkan 2 cawan air )
Daun bawang, daun sup ( potong halus )
Bawang besar ( ditumbuk )
Bawang putih ( ditumbuk )
Halia ( ditumbuk )
Perasa secukup rasa
Minyak masak

Cara membuat intinya: -

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah yang telah dicampurkan dengan daging tadi. Kacau sehingga kering.

3. Kemudian masukkan bawang yang telah didadu. Tambah perasa secukupnya.

Cara membuat lapisan: -

1. Sediakan dulang yang telah dialas dengan aluminium foil.
2. Panaskan susu cair... jangan sampai mendidih, suam2 je. Tambahkan secubit gula dan garam.
3. Kemudian, celupkan biskut ke dalam susu cair sehingga lembut... jangan sampai hancur... bagi kembang je...
4. Angkat perlahan-lahan dan susun dalam dulang.
5. Sapukan kuning telur, ratakan inti daging, taburkan daun bawang dan daun sup.
6. Ulang langkah yang sama sampai habis. Lapisan atas sekali mestilah biskut. Bakar dalam oven sehingga kekuningan.
.
.
ps: errr resepi ni dapat masa praktikal dulu tapi tak pernah cuba sendiri lagi... huhuhu... penah makan hasil bakaran tuan punya resepi je... sila la merajinkan diri cuba resepi ni... senang je sebenarnya... hehehe... ;)



Tuesday, October 30, 2007

Nasi Bukhary



Bahan-bahan

1 gantang (3.5kg) beras Basmathi
1-2kg daging lembu/ kambing
1 tin (454gm) minyak sapi QBB
5 labu bawang besar
2 botol sos tomato Delmonte
1 tin susu cair
1 genggam cendawan India (Shaimah Hindiyyah)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili


Rempah Nasi (Dikisar)

9 kuntum bunga lawang
10 batang bunga cabe
1.5 biji buah pala
1.5 s/b ketumbar
38 ml jintan (1/3 jintan manis + 2/3 jintan putih)


Rempah Sup

4 kuntum bunga lawang
3 btg kayu manis (2 inci setiap satu)
37 biji buah pelaga hindi
45 kuntum bunga cengkih
2 s/b jintan (1/3 jintan manis + 2/3 jintan putih)
Sedikit buah pala
1 s/b lada hitam


Rempah Menumis

7 inci kayu manis
35 biji buah pelaga hindi
43 kuntum bunga cengkih



Cara Memasak

  1. Rebus daging dengan rempah sup. Tambah garam dan masak hingga daging empuk.
  2. Rempah nasi yg telah dikisar dibancuh dgn sos tomato.
  3. Tumis bawang besar sampai kekuningan.
  4. Masukkan rempah menumis, serbuk kunyit dan serbuk cili serta bancuhan rempah sos tomato tadi.
  5. Masukkan daging yg telah empuk direbus dan biarkan dalam 15 minit.
  6. Masukkan air sup sama dengan sukatan beras.
  7. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  8. Bila mendidih, masukkan susu cair dan cendawan india serta beras yang telah dibasuh.
  9. Boleh tambah daun ketumbar dan pudina untuk lebih enak.


Cendawan India (Shaimah Hindiyyah)
Boleh didapati di kedai rempah-ratus di sekitar Masjidil Haram, Mekah dan digunakan untuk menambah aroma Nasi Bukhary




Bunga cengkih, bunga lawang, bunga cabe dan pelaga hindi



Nota Kaki:
  • Daging lembu/ kambing boleh diganti dengan ayam (untuk yang banyak penyakit la kan)
  • Yoghurt boleh ditambah sebagai pelengkap hidangan
  • Sedap dimakan dengan jelatah, sambal lada dan paceri nenas.
  • Resepi ehsan seorang kawan


Paceri Nenas



Cara Membuatnya:

  1. Sebiji nenas dikupas kulit dan dipotong kiub
  2. Tumis 5 ulas bawang merah
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga dan ditumis hingga naik bau
  4. Masukkan satu cawan air, sedikit gula dan 1 sudu teh garam
  5. Jika hendak masam tambah cuka sedikit
  6. Bila mendidih, masukkan nenas dan masak hingga agak kering



Jelatah


Bahan-bahan:

3 batang timun
2 biji tomato
1 labu bawang besar
Daun bawang dan daun sup
Garam dan gula

Cara Membuatnya:

  1. Gaul timun dan tomato yang telah dipotong
  2. Masukkan daun sup dan daun bawang, garam dan gula serta perahan limau nipis
  3. Gaul sebati dan hidang

Nota Kaki:

Boleh juga guna resepi jelatah tomato di sini.




Sambal Lada


Bahan-bahan:

5 tangkai cili merah
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis
Garam dan gula

Cara Membuatnya:

  1. Kisar cili merah, ½ biji tomato, ¼ biji bawang besar, garam, gula dan perahan limau nipis.
  2. Masukkan bahan yg telah dikisar dalam mangkuk.
  3. Potong 1 ½ biji tomato dan ¾ biji bawang besar dan campurkan ke dalam mangkuk. Gaul rata dan hidang.




Monday, October 8, 2007

Lompat Tikam





Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras
  • 6 cawan air sejuk
  • 2 keping gula melaka
  • 3 helai daun pandan (ambil patinya)
  • 10 helai daun cekur manis (ambil patinya)
  • 1/2 biji kelapa (2 cawan santan)
  • 1 sudu makan tepung beras


Cara Membuatnya :

  1. Bancuh tepung dengan air, air daun pandan dan air cekur manis, untuk mendapatkan warnanya.
  2. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan kental, angkat dan tuangkan ke dalam dulang kecil dan sejukkan.
  3. Bancuh santan bersama tepung beras, kacau di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan setengah sudu teh garam dan angkat.
  4. Gula melaka atau manisan dimasak dengan sedikit air, bila hancur diangkat dan disejukkan.
  5. Untuk menghidangnya, potonglah kuih lompat tikam ini kecil-kecil, masukkan ke dalam pinggan tuang santan dan air manisan.
  6. Lebih sedap lagi kalau dimakan dengan pulut kukus yang diwaranakan (biasanya warna merah).

Friday, October 5, 2007

Gulai Darat

Bahan-bahan :

  • 1 kati daging
  • 1 biji kelapa
  • 3 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 hiris lengkuas
  • 6 hiris halia
  • 4 sudu makan kelapa goreng (kerisik)
  • 6 biji lada kering
  • 1 keping asam keping
  • gula melaka (gula) secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1 hiris kunyit



Cara Membuatnya :
  1. Ketumbar, jintan manis, lengkuas, halia, kunyit, bawng merah, bawang putih dan kerisik digiling halus dan digaul dengan daging.
  2. Jerang ke api sekejap, kemudian masukkan santan, asam, garam dan gula masakkan sehingga daging empuk.
  3. Bila sudah elok masaknya rasalah masam masinnya, kemudian hidangkan.
  4. Kalau suka boleh juga dimasukkan lada hijau di dalamnya sebagai hiasan.


Wednesday, October 3, 2007

Buah Tanjung


Bahan-bahan :

  • 10 biji telur itik
  • 1 1/2 kati gula pasir
  • 1 kopi tepung beras
  • 1/4 kopi tepung beras biasa
  • 2 helai daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara Membuatnya :

  1. Telur merah dicampur dan dipukul sampai kembang.
  2. Tepung beras dicampur dengan tepung pulut dan digoreng sekejap, kemudian diangkat dan disejukkan.
  3. Gula dimasak dengan daun pandan dan bunga cengkih sampai setengah pekat.
  4. Sediakan satu mangkuk, masukkan telur dan sedikit tepung beras, uli dengan 3 jari. Bentuklah buah tanjung. Lepas itu masukkan ke dalam air gula. Bila telah meresap air gula bolehlah diangkat.



Friday, September 28, 2007

Puding Roti

gula secawan
telur sepuluh bijik
susu segar sekotak
mentega sikit...
Roti sandwich 7-10

  1. Panaskan susu segar dengan api kecik jadik kawan, besar jadik lawan...
  2. Pukul telur dan gula sampai kembang kempis macam hidung orang baru lepas berlari 200 meter pecut
  3. Bila susu dah agak-agak panas, masukkan dalam adunan telur dan susu yang korang pukul-pukul tadi... kacau-kacau sampai sebati..
  4. Sapukan mentega kat kedua belah bahagian roti tuh... kalau suka, potong-potong roti jadik kecik... sukati lah nak potong cemana pun..
  5. Aturkan roti-roti yang dah dipotong-potong tu dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega ke serata dinding loyang tu...
  6. Kendian tuangkan adunan susu, telur, dan gula ke dalam loyang tuh... biarkan selama beberapa menet
  7. Masukkan dalam oven,
  8. Hidupkan suis oven tu...
  9. Bakar sampai masak.. [bukan bakar oven ye...]
  10. Dah masak.. keluar kan puding roti yang sudah masak tu dari oven.. kang hangus pulak...
  11. Lepas tu... potong kan separuh, masukkan dalam plastik, bungkus cecantik.. pos kat aku...



NotaKakiMakan
Langkah yang ke sebelas tu.. paling penting... jangan sampai terlupa ya...




Thursday, September 27, 2007

Kerabu Daging




Bahan-bahan :

1 kilo daging (dibakar)
2 biji kelapa
3 ikat daun kesum
5 biji asam limau nipis
1 sudu teh lada hitam
10 ulas bawang merah
sedikit garam dan gula
10 biji lada sulah
2 labu bawang besar
4 biji lada masak / 2 biji lada hijau


Cara Membuatnya :

1. Daging dibakar dan dipotong nipis-nipis.
2. 1 1/2 kelapa diambil santannya.
3. 1/2 biji lagi diparut dan dibuat kerisik.
4. Lada sulah, lada hitam dan bawang merah ditumbuk hingga lumat.
5. Pati santan, kerisik, daging dan daun kesum (dipotong halus-halus) digaulkan hingga sebati.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Taburkan bawang besar dan lada (yang dipotong) di atasnya sebagai perhiasan.



Wednesday, September 26, 2007

Buah Peria


Bahan-bahan :

Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa
sedikit garam
1 helai daun pandan

kulit :
2 cawan tepung pulut - dicampur
1/2 cawan tepung beras - dicampur
3 camca besar santan pekat
1 camca teh air kapur
sedikit air untuk menguli

pewarna

Cara Membuatnya :

1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)

2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.

3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang 6 cm.

4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.

5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah dimasukkan pewarna.

6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.

7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.

8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.

9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.



Tuesday, September 25, 2007

Tepung Bungkus




Bahan-Bahan:


1 cawan beras biasa (tepung beras)
2 cawan santan cair
10 keping daun pisang 4" x 2 1/2"
1/4 biji kelapa muda diparut
1 keping gula melaka
sedikit debu tepung beras pulut
sedikit air



Cara Membuatnya:

1. Buat intinya dahulu :
a) Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering dan boleh digentel
b) Gentel inti kelapa bulat-bulat sebesar ibu jari
c) Golek-golekkan inti tadi ke atas debu pulut

2. Bancuh tepung beras dengan santan cair, masukkan sedikit garam, kacau sehingga separuh masak.

3. Kacau jangan berhenti untuk mengelakkan dari berketul-ketul.

4. Untuk membungkusnya, ambil sekeping daun pisang yang telah disediakan. Bubuh 2 sudu tepung separuh masak tadi ke dalam daun pisang kemudian aturkan tiga biji inti dan tutupkan dengan 2 sudu lagi tepung itu.

5. Tutupkan daun pisang ke kiri ke kanan dan lipatkan kedua-dua hujungnya.

6. Aturkan dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak. Bila masak angkat dan hidangkan.





Sunday, September 23, 2007

KEK COKLAT KUKUS

Bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (nak lebih sedap guna butter cair)
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur

    Cara:
    Campur koko, gula, susu cair, susu pekat manis & minyak ke dalam periuk & masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. utup api, biarkan adunan suam.
    Tepung, soda bikarbonat & baking powder diayak.
    Telur dipukul kembang & dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata & campur tepung.
    Gaul sebati & tuang dalam acuan & jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam ½ acuan je).
    Tutup dengan aluminium foil agar tak masuk wap.
    Kukus selama 1 ½ jam baru keluarkan.


    TOPPING COKLAT
Bahan-bahan:
  • 250 g coklat masakan } potong kecil2
  • 1 sudu besar majerin
  • 130 ml double cream atau whipping cream
  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat:

  • Cairkan coklat secara double-boiler
  • Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati.
  • Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli

dah tak ingat ambik resipi kat mana..



BalikRumah

Saturday, September 22, 2007

Jala Mas


Bahan-Bahan :


10 biji telur merah ( telur itik)
2 biji telur merah (telur ayam)
1/2 sudu makan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

air yang jernih dalam kulit telur diambil semua ( bukan putih telur)-biasanya kalau kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita akan lihat terdapat air yang jernih


Cara Membuatnya:
  1. Merah telur dicampur dengan air yang jernih yang terdapat dalam kulit telur tadi ke dalam satu mangkuk dan kacau dengan senduk perlahan-lahan lalu ditapis dengan kain jarang, lepas itu masukkan telur ke dalam bancuhan tadi.
  2. Masukkan gula dengan air sejuk dan daun pandan serta bunga cengkih, bila mendidih dan pekat sedikit air gula itu, boleh dimasukkan bancuhan telur dan dikirai dalam air gula.
  3. Bila sudah masak diangkat jala mas itu dengan batang buluh kecil dan lipatlah memanjang atau sesuka hati.




BalikRumah

Friday, September 21, 2007

Tepung Tukil

1 cupak tepung pulut kering -digaul

1/2 gelas tepung pulut hitam - digaul.....

1/2 kati gula

1 biji kelapa

5 batang buluh tukil (4 inci panjang & 1 1/2 inci lebar)

Periuk tanah untuk mengukus

Tempurung yang ditebuk kecil-kecil

garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :

1. Gula dimasak sehingga hancur.

2. Gaulkan tepung dengan air gula yang telah dimasak sehingga sebati.

3. Masukkan ke dalam tukil dan kukus sampai masak.

4. Angkat dan gaul dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula.



BalikRumah

Monday, September 17, 2007

Akok


resepi ni aku jumpa lam internet gak.. malas nak nanya mak aku...
Bahan-Bahan:
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kg gula melaka [taknak manes, pakai 3/4kg je la..]
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ½ biji kelapa

Cara:
Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.


Friday, September 14, 2007

Mi Bakso

Bahan A:
1 paket bihun, celur dalam air mendidih, ketepikan.
Bebola daging boleh dibeli di pasaraya.
Atau untuk membuatnya:
1/2 kg daging cincang
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit garam.
Gunakan pengisar yg tidak menggunakan air, kisar bahan-bahan ini, bulat-bulatkan dan ketepikan.
Bahan B:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 biji buah pala
1/2 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
5 sudu makan minyak
1 kiub daging/ayam jika suka
4 liter air
Bahan sambal
50 sen cili padi
2 ulas bawang putih, kukus dan haluskan
Bahan hiasan
1/2 kg sawi hijau, potong
30 sen daun bawang & daun sup, hiris
Bawang goreng
Sos tomato dan kicap manis
Cara
Kisar bawang merah, bawang putih dan buah pala. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan air. Setelah mendidih masukkan garam dan lada sulah, baru masukkan bebola daging, apabila daging timbul, angkat dan ketepikan. Celur pula daun sawi dalam sup, angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, bubuh bihun dalam mangkuk bersama bebola daging dan sawi. Tuang supnya, tuang sedikit tomato sos dan kicap manis, daun sup dan daun bawang, bawang goreng, sambal cili padi dan hidangkan.




Thursday, September 13, 2007

Ayam Goreng 65

Ayam Goreng 65

Bahan A:

1 ekor ayam potong 10/12, bersihkan
1/4 cawan tepung jagung
1/4 sudu teh warna merah
1/4 sudu teh warna kuning
1 biji bawang besar }
4 ulas bawang putih} kisar
1 cm halia }
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:

1/4 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
Minyak secukupnya

Cara

Gaul semua bahan A dan perap selama 4 jam atau lebih baik semalaman dalam peti ais. Goreng hingga masak, angkat dan sejukkan.

Panaskan kuali dengan api kecil, tuang sedikit minyak. Masukkan cili dan tomato sos. Biarkan panas baru masukkan ayam goreng. Balik-balikkan hingga rata dan kering. Angkat. [jangan lelama, nanti ko lenguh, letak la lam pinggan ke mangkuk ke, letak atas meja...]

[ini resepi wann sebenarnya]



Sunday, July 29, 2007

Nasi Tomato

Ni sebenarnya, aku jumpa lama dulu, tak ingat kat mana

Bahan-bahan
5 cawan beras [wangi ke, basmati ke, bashidup ke]
1 cawan susu cair
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging [tengok la jenis beras. Pakai air biasa pun buleh]
beberapa bijik buah tomato.
Beberapa ekor lada merah.
Garam seikut suka.

Bahan-bahan untuk menumis
2-3 ulas bawang merah dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih kerjakan sama seperti bawang merah tadi
1-2 bijik bawang besar, di potong dadu eh? yang pat segi tuh...
1 inci halia hiris halus-halus ye
1 biji bunga cengkih
1 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
mejerin sikit, agak-agak buleh nak menumis.
1 sudu minyak masak biasa
1/2 tin kecil tomato puree [kalau kedekut, buleh guna tomato sos biasa]
Daun pandan 2 helai

Bahan untuk nak nak 'menyobek'
Kismis
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri
Kalau nak ganas, boh badam, gajus ke...

Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan. Kalau tak nak basuh pun takpa... kekeke...

2. Panaskan minyak dan majerin.

3. Masukkan bahan-bahan untuk menumis ye, mulakan dengan bebawang sekeluarga, dan halia.

4. Bila bawang dah kuning, dan berbau harum nak membuat perut anda lapar. Masukkan segala jenis bahan berasaskan kayu dalam bahan-bahan menumis tadi [bunga cengkih, kayu manis, dan buah pelaga]

5. Masukkan tomato puree itu. Bila dah masak, baru masukkan air rebusan dan susu cair takdi.

6. Masukkan garam seikut suka kamu.

7. Mesti nak kena selalu dikacau ye sampai ia mendidih [kalau korang nak masak guna periuk karan, amek air neh, boh lam periuk karan tu, bersama beras. Kalau tak, boh nasik dalam periuk neh.

8. Kalau nak guna periuk karan, bila air kering, kacau dan tengok dah oke ke tidak. Kalau keras masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam periuk karan tu dan tutup hingga masak.

9. Kalau nak masak cara orang kampung, api biar sederhana, tidak kang, bawah tu hangit, atas mentah, tak pasal-pasal orang tak masuk minang kau.

10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Masukkan buah tomato dan lada merah. Nak bagi bau sedap macam pontianak harum sundal malam.

11. Masukkan daun saderi atau minit ke dalam periuk kacau dan tutup. Nasi akan menjadi lebih harum.

Cara Nak Menyobek
Tabur kismis yang sudah digoleng-goleng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.
Bawang merah dimayang nipis dan di goreng
Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam bekas yang sesuai dan taburkan bahan-bahan menyobek itu.

Sobek cara ganas
Taruk hiris badam dan gajus yang telah digoreng.

Sedap kalau makan ngan kurma daging dan ayam masak merah. Lagi sedap, kalau buleh dok saja, orang lain yang buat, dari kupas bawang sehingga ke basuh pinggan.

p/s: tau menyobek benda?? ada dua maksud.



Tuesday, July 24, 2007

Puding roti

  • 7-8 kpg roti
  • 1 tin susu sejat(susu cair)
  • 2-3 sudu makan gula
  • 3 biji telur
  • sedikit kismis
  1. Masukkan susu cair dan gula dan telur, kacau2 sebentar. Kemudian masukkan roti. Pastu blend bahan2 tadi, jgn sampai terlalu halus.
  2. Tuangkan dalam bekas yg sesuai. Tabur dengan kismis. Kemudian bakar 40-45 minit.

Alternatif lain.

  1. Blend bahan-bahan tadi sampai halus.
  2. Masakkan 250 gm agar-agar + 2 gelas air.
  3. Setelah agar2 semua dh hancur, masukkan bahan2 yg dikisar tadi.Kacau sat, kemudian tuang dlm bekas n sejukkan.


Saturday, July 21, 2007

Kuah Laksa

Kuah laksa( resepi sesuka hati, taram saja)

  • Sekati ikan kembung 600g (7-8 ekor)
  • belacan
  • garam secukupnya
  • 25 tangkai cili kering + 10 biji cili padi
  • 3 ulas bawang besar ( cili kering + cili padi + bwg besar + belacan diblend sekali)
  • daun kesum
  • 3 asam keeping
  • Bunga kantan (klau ada)

  • Rebus ikan. Masukkan sedikit garam dan asam. Kemudian asingkan isi ikan dgn tulang.
  • Kisar isi ikan dengan air rebusan td. Kemudian kisar jugak tulang td dgn baki air rebusan.
  • Masukkan isi ikan+tulang2 yg dikisar td, cili kering+cili padi +bwg besar + belacan yg sudah dikisar, bunga kantan.
  • Masak sampai mendidih, jgn lupa letak daun kesum lak. Letak garam secukup rasa.Kepekatan kuah bergantung kpd si tukang masak, kalau pekat tambah la air sket.

    Hoho, sambil masak kuah laksa, jgn lupa rebus isi laksa sekali. Boleh dihidangkan dengan telur, bwg besar yg dipotong nipis2 serta daun2 ulaman yg anda suka. Izinni lebih suka gantikan telur dgn tauhu...


Wednesday, July 11, 2007

Ayam asam pedas


Ayam (potong kecik2)
cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
belacan
serai
daun kesum
air asam jawa
sayur jeruk
bendi
garam
gula

caranya:
1) kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, belacan.
2) tumis bahan kisar. masukkan serai yang dah dititik. goreng sampai garing, naik bau.
3) masukkan ayam. masak kejap sampai ayam setengah masak.
4) masukkan air asam jawa, daun kesum.
5) bila ayam dah masak, masukkan sayur jeruk yang dah dipotong kecik2, bendi, garam dan sedikit gula



Wednesday, June 27, 2007

Ayam popcorn

Mudah je nak buat yang satu ni. tak payah beli yang ayamas punya tu.

Seekor ayam yang dipotong kecik-kecik besar2 ibu jari. Suruh je orang potong ayam tu buatkan. kalau kalau anda macam zwit yang muntah nengok orang potong ayam ... larikan dulu sebelum collect ayam tu ya. heheheheh

Bahan perap:

garam
gula
serbuk kunyit
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
jintan manis, jintan putih (ditumbuk halus)

Bahan untuk goreng:

minyak (banyak)
tepung jagung

Cara:

1) gaul semua ayam kecik-kecik kenot tu dengan bahan perap. Perap la dalam 1/2 jam.
2) Panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak tu boleh tenggelamkan ayam2 tu nanti dan mesti betul-betul panas.
3) ambik seketul-ketul ayam kecik kenot tu dan salut dengan tepung jagung. tebal sikit pun takpe ... makin rangup jadinya nanti. Pastu gorengkan sampai coklat keemasan dan garing. Kalau garing, tang tulang buleh kunyah lumat. hehehehe
4) Angkat dan toskan. Makan dengan sos cili atau mayonnaise. Yummy!


Black Pepper Steak/Chicken

(Sukatan untuk sorang je makan)

Bahan-bahan:

Daging batang pinang (ikut besar mana yang suka) - kalau nak ayam .. guna bahagian dada yang dah dibuang tulang.

Bahan perap:

1 sudu kicap
1/2 sudu minyak bijan
1 sudu telur putih
2 sudu tepung jagung
Bahan untuk sos lada hitam:
1 sudu marjerin atau butter
1 sudu tepung gandum
2 sudu sos tiram
gula dan garam secukup rasa
2 sudu bawang putih yang dicincang
1 sudu bawang besar yang dicincang
2 sudu lada hitam (seeloknya jangan tumbuk lada hitam terlampau halus)
4 sudu stok ayam atau daging

Cara-cara:

1) Potong daging agak leper dan perap dengan bahan perapan agak2 dalam 2 jam

2) Untuk sediakan sos - cairkan marjerin/butter, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan tepung gandum dan goreng dengan api perlahan sampai tepung bertukar warna perang.

3) Masukkan lada hitam, sos tiram, garam, gula, stok ayam. biarkan mendidih hingga pekat.

4) daging atau ayam yang dah perap tu boleh la digril atas tempat bakar atau gunakan kuali leper dengan sedikit butter, sautee hingga masak.

5) Bila nak makan, tuang sos atas daging/ayam. Nikmati dengan garden salad atau hot patotoes salad, boiled veggies, mushroom/chicken soup. Yum Yum Yum

* boleh juga letak hirisan button mushroom dalam sos.

Tuesday, June 26, 2007

Sos Koni (Coney)

kalau kamu suka makan anjing koni kat ey&dabaliyu... mungkin ko nak cuba resepi neh...

INGREDIENTS

* 1/2 pound ground beef
* 1/4 cup water
* 1/4 cup chopped onion
* 1 clove garlic, minced
* 1 cup tomato sauce
* 1/2 teaspoon chili powder
* 1/2 teaspoon monosodium glutamate (MSG)
* 1/2 teaspoon salt

DIRECTIONS

1. In a medium skillet over medium high heat, saute the ground beef for 10 to 15 minutes, or until well browned. Break up with a fork until fine. Add the water, onion, garlic, tomato sauce, chili powder, monosodium glutamate and salt. Allow to simmer for 10 minutes, or until heated thoroughly.


NotaKakiMakan
aku bukan saja nak cakap omputeh.. resepi neh aku curik dari laman orang putih.. malas ah nak terangselit...




Saturday, June 23, 2007

mikrowavekan je

Seri Muka (microwave)

ni untuk mereka2 yang ada microwave oven dan tak de kukus.

STEP A
1 cawan pulut
air - sama paras dengan pulut.

= masukkan ke dalam m/w high pwer; 5 mint
= keluarkan dan garik2 dengan garpu

STEP B
1/2 cawan sntan
1/2 cawan air + sedikit garam

= kacau dan tuangkan ke dalam pulut STEP A tadi
= masuk m/w high power; 10 minut
= keluarkan kacau, tekan2 sampai rata

STEP C
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
7 sudu besar gula (sukahati nak manis atau kurangkan manis)
3 sudu tepung
1 biji telur
pewarna hijau*

= blendkan semua bahan, masukkan atas pulut STEP B
= wrap permukaan container dengan cling foil yg m/waveable
= masukkan dalam ,/w, high power; 8 minit

STEP D
= keluarkan dr m/wave
= buang plastik foil tadi dan
= masukkan balik dalam m/w high power; 4 minit


Kuantiti bahan kena modify iku saiz bekas/acuan, agak2 beras pulut (yg belum dimasak) tu 1cm tingginya dalam bekas, barulah kuih tu cantik ketebalannya, tak nipi sangat, tak tebal sangat. Then, bahan2 lain pun kena modify kuantitinya, i.e berkadar terus dengan perubahan kuantiti pulut tadi.

Kalau dah modify kuntitinya, masa memasak pun kena modifu, kalau tengok nampak macam x masak jer, tambah lagi timenya senang e, trial and error.

* pewarna hijau boleh diganti degan esen pandan atau buat sendiri pati pandan (kalau rajin)
- hiris daun pandan kecil2
- blend dengan air
- tapis air pandan tu dan buang hampasnya
tapi sebab ni resepi orang malas, pergi je la cari esen pandan kat kedai. Pernah try buat kat rumah member, tapi sebab x tau berapa besar sudu gula tadi akhirnya seri mukanya tawar hebeh.



Friday, June 22, 2007

Ketupat Sotong

Bahan:

1 tin susu beras pulut
12 ekor sotong
1 biji kelapa – 1 cawan santan pekat, 2 cawan santan cair.
1 inci halia – potong halus cam mancis
2 ulas bawang merah – potong nipis
1 sudu teh halba

Cara:

Pulut ditanak sehingga masak.
Isikan pulut yg telah masak dlm sotong.
Masukkan kepala sotong, kemudian cucuk dengan lidi/ pencungkil gigi.
Masukkan sotong dalam periuk yang berisi santan cair. Masukkan bawang, halia dan halba. Masak sehingga mendidih barulah dimasukkan santan pekat dan garam secukup rasa.
Kacau supaya santan tidak bergentel. Sedap dimakan begitu saja... ;)


Kek Lapis Kukus

5 biji telur – asingkan putih dan kuning
150gm gula kastor
250gm mentega ( jgn guna marjerin.. nanti akan jadi berminyak)
½ tin susu pekat
1 sudu the esen vanilla
150gm biskut tawar / biskut marie – diblender halus
½ sudu pewarna hijau
15 bungkus asam haw flakes ( gula2 asam duit doposen )

Cara:



Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula sikit demi sedikit.
Dalam berkas berasingan, pukul mentega, susu pekat, esen vanilla hingga kembang.

Kemudian masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
Campurkan kedua2 adunan dan masukkan biskut yg telah diblender. Kacau sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau.
Alas loyang yang telah disapu mentega dengan kertas minyak.
Tuang adunan hijau, ratakan. Susun haw flakes atas adunan hijau.

Kukus lebih kurang 7 minit per lapisan.
Selang selikan adunan hijau putih. Ulang sampai abis.

Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Wednesday, June 20, 2007

Pulut Bakar @ Pulut Panggang

Bahan-bahan:
100 gm udang basah
4 biji cili kering
2 batang serai
10 ulas bawang merah
½ sudu jintan manis
1 sudu besar minyak masak
Gula, Garam
900 gm pulut
1 biji kelapa
Garam
Daun pisang
Lidi
Cara:
1) Udang potong kecil-kecil.
2) Cili kering dimesin bersama jintan manis.
3) Serai dan bawang merah dihiris halus.
4) Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan jintan manis tadi ... kacau.
5) Masukkan kelapa parut dan serai, garam, gula, udang dan bawang merah.
6) Kacau hingga masak, kering dan ketepikan.
7) Rendam beras pulut semalaman.
8) Bersihkan, tos dan kukus sampai masak.
9) Gaul pulut dengan santan yang dah dicampur sedikit garam.
10) Layur daun pisang dan potong ikut saiz yang dikehendaki.
11) Ambil 2 sudu besar pulut dan letakkan atas daun pisang. Tekan pulut sampai agak leper.
12) Pastu masukkan inti di bahagian tengah dan gulung pulut tu.
13) Matikan dengan lidi di hujung dan pangkal pulut bakar tu.
14) Akhirnya bakar la pulut di atas api yang sederhana besar sampai garing.





Monday, June 18, 2007

Kek Coklat

2 cawan tepung kek / gandum
2 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan serbuk koko ( kalau guna van houten, jgn guna sampai 1 cawan )
1 cawan minyak mazola
1 cawan susu cair
1 cawan air panas + secubit garam
½ sudu soda bikarbonat
½ sudu serbuk penaik
Esen vanila

Cara:


Tepung dan serbuk koko diayak sekali.
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan susu cair. Kacau sebati.
Masukkan tepung + serbuk koko sedikit demi sedikit.
Masukkan soda bikarbonat, serbuk penaik dan esen vanila.
Masukkan minyak mazola. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan air panas.
Kacau sebati, tuang dalam loyang.
Bakar selama 45 minit ~ 1 jam ( sehingga masak ).

Toping:

Coklat masakan

sedikit minyak mazola


Masak guna kaedah 'double boil'... buh mangkuk tahan panas atas periuk berisi air pastu masak atas api kecik... atau boleh je masak terus dlm microwave...

ini kerja achik...



KEK KEJU




125g biskut oreo / coklat
75g mentega ( dicairkan )

3 sudu kecil gelatin
¼ cawan air
500g krim keju
½ cawan gula aising
300ml krim putar ( dipukul kembang )
Blueberi / rasberi / ikut suka

Cara:
Hancurkan biskut. Masukkan mentega. Gaul sebati. Mampatkan dalam bekas. Ketepikan.

Masukkan serbuk gelatin dalam air. Masak sampai larut atas api kecil. Biarkan sejuk.

Pukul krim keju dengan gula hingga lembut dan tidak bergentil2. Masukkan gelatin dan krim putar. Kacau sebati.

Tuang dalam bekas biskut. Ratakan. Letak blueberi ikut suka. Simpan dlm petiais semalaman. Sedia dimakan.


ps: boleh juga dibakar dahulu… letak loyang yg ada air dulu baru letak loyang kek… pastu baru bakar…





Friday, June 15, 2007

Jelatah tomato


Hiris bulat tomato.
Hiris bawang merah, cili merah/api.
Masuk dalam mangkuk.

Bakar belacan pastu hancurkan.
Gaulkan belacan dengan semua bahan dalam mangkuk sampai mesra ria ceria gembira.




Ikan Stim Limau

-Stim ikan terlebih dahulu selama -+4 minit


-Sedikit halia dititik, 10 tangkai cili padi dicincang, Sikit daun ketumbar

-Masukkan air satu senduk (dua mangkuk kecik) diikuti dengan halia, cili padi,

-Masukkan gula (13 sudu-sudu ni kecik sangat-sangat senarnya, aku gak kalau korang nak pakai sudu makan tu, dalam tiga sudu je kot); ajino (4 sudu); garam (3 sudu); air limau nipis (-+3biji) [sudu kecik sangat-sangat]

-Bila sudah hampir masak, masukkan daun ketumbar yang sudah dihiris halus

-Apabila masak siram ke atas ikan yang sudah distim separa masak

-Stimkan semula ikan sehingga masak -+4 minit

-Hias seperti dalam gambar






Nasi Daging

NASI DAGING

1 kg daging....potong sebesar

4 inci dan rebus dgn halia sampai lembut

6 cawan beras (bersih dan toskan)

8 cawan air rebusan daging

1 cawan susu cair

3 sudu besar minyak sapi

5 helai daun pandan ..disimpulkan

garam secukup rasa

2 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 kuntum buah pelaga

2 bawang besar

3 ulas bawang putih (cincang atau tumbuk)

1 inci halia

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi atas dapur (jangan korang letak badan rice cooker tu sekali atas dapur .. mau meletup plak nanti)

2. Tumiskan bahan tumis

3. Masukkan air rebusan daging, susu cair dan daging. Biarkan mendidih.

5. Masukkan daun pandan, garam, beras

6. Pindahkan periuk nasi tu ke badannya dan biarkan nasi masak macam biasa.

7. Hidangkan dengan jelatah tomato


Ayam Adobo

½ ekor ayam dipotong kecil
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
Sehelai daun salam (bay leaf) – kalau masa nak masak tu takde pun takpe.
2 sudu cuka
3 ulas bawang putih (tumbuk sedikit, jangan hancur)
Cendawan butang di belah dua (satu tin)
2 biji Bawang besar (dibelah 6)
Sedikit air (kalau nak kuah lebih, tambah je)

Cara:
1) Masukkan kesemua bahan dalam periuk, kecuali bawang besar. Tutup dan rebus hingga mendidih.
2) Pastu pelankan api, renih dalam 30min sampai kuahnya pekat.
3) Boleh ler masukkan bawang besar. Dah buleh makan!
* Aku ada jugak masukkan hirisan cili kering atau serbuk lada hitam, kalau nak pedas.





Nasi Ayam Hainan

HAINAN CHICKEN RICE

- Hainanese chicken (bahan-bahan)

Seekor ayam yang montok dan gebu
3 ulas bawang putih, dikupas kulitnya
Halia dalam sebesar ibu jari
Minyak bijan dalam 2 sudu kecil
Air untuk merebus (satu periuk)
Daun bawang dalam 5 jurai
Daun bawang, daun sup, timun, tomato
Garam seadanya

- Nasi ayam (bahan-bahan)
4 cawan beras (utk 3-4 orang)
Minyak masak dalam 2 sudu besar
9 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk)
9 ulas bawang merah (cincang)
Anggaran 6-7 cawan air rebusan ayam (ada beras yang perlu air lebih, ada yang jenis tak buleh lebih air .. jadi pandai2 ler agak ya. Kalau tak nanti mentah atau lembik sangat pulak nasi ayam tu)
Garam secukup rasa

Caranya:
1) Ayam tak perlu dipotong kecil. Biarkan kegebuan dan kemontokan ayam itu terpelihara.
2) Cari ler periuk besar yang boleh muat seekor ayam montok. Rebus air sampai mendidih.
3) Sementara tu, tumbuk bawang putih bersama garam. Lumurkan bahan yang sudah ditumbuk ke seluruh ayam dan juga bahagian dalam ayam. Jadi jangan malu-malu untuk “memperkosa” ayam itu ya. Hehehhe
4) Ikat simpul daun bawang.. Pastu masukkan daun bawang tu dengan hirisan halia yang dah dititik ke bahagian dalam ayam itu juga.
5) Cerrr check air dalam periuk tu .. dah didih ke belum? Kalau udah .. haaaa apa lagi?! Masa berendam sudah tiba untuk ayam montok kita. Pastikan ayam tu betul2 tenggelam dalam air.
6) Rebusler ayam tu dalam 30 hingga 40 minit. Jangan lupa pulak dibalik-balik. Nanti tak masak plak nanti.
7) Dah masak ayam tu, keluarkan ayam dari dalam periuk tu. Mandi lulurkan minyak bijan atas badan ayam yang seksih itu. Pastu biorkan sejuk.
Moh masak nasiknya pulak.
8) Mudah je … basuh ler beras tu bersih2. Pastu tos beras dalam tapis sampai kering air.
9) Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau.
10) Masukkan beras, goreng ler kejap dalam beberapa minit sampai naik bau wangi.
11) Pastu pindahkan dalam periuk nasi. Tambah air rebusan ayam dengan garam. Biorler sampai masak yaa …
12) Pehtu buleh ler kome makan. Pepandai sendiri ler macamana nak kerjakan ayam tu. Nak potong ke idak, terpulang la yer.
13) Kalau nak bercili … mudah je. Blend cili merah dengan garam, gula secukup rasa. Pastu masak tanpa minyak, bubuh ler cuka sikit.






Thursday, June 14, 2007

Patin Masak Tempoyak



Resipi masak tempoyak pada yang suka. Pada yang tak suka, pasal apa ko klik masuk sini..??? hahah...

Ikan patin (sederhana besar, potong ikut suka)
3/4 sudu tempoyak (seeloknya tempoyak baru)
5 biji bawang merah (tumbuk)
2 batang serai (dititik)
1 sudu serbuk kunyit (guna kunyit hidup pun boleh)
10 biji cili padi (tumbuk)
1 biji timun cina (timun biasa pun boleh)
garam & gula secukup rasa
asam keping (ikut suka .. nak masam lebih, letak le banyak)

Cara:
Cara masaknya senang sangat. Tak payah tumis. Campak semua dalam periuk.

Errr cara campaknya ... semua bahan yang ditumbuk tadi masuk dalam periuk .. nak power guna periuk tanah.

Pastu masukkan air, asam keping dengan serbuk kunyit, garam, gula. Kalau nak kuah banyak, airnya lebih la kan.

Jerang sampai mendidih. Pastu masuk timun + ikan. Bila dah mendidih, kira dah masak la tu. Bolehlah hidang .. pastu makan tanpa perlu toleh kat depan, belakang, kiri atau kanan.

* Kalau suka bersantan, lain pulak caranya. Cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup ditumbuk lumat kemudian masuk dalam periuk. Serai yang dah dititik letak sekali. Masukkan santan cair, asam keping. Jerang sampai mendidih guna api sederhana besar. Pastu masukkan ikan patin atau keli atau sembilang. Masuk santan pekat, daun kunyit yang dihiris halus. kacau gulai sampai mendidih dengan api kecil.






Mee Sup Utara

Meehoon (satu peket)
* rendam 1/2 jam dalam air yang dicampur dengan serbuk kunyit. Tos dan celur dengan air panas hingga lembut. Kalau nak mee atau kueteow, celur je ya.

Bahan Sup:
1) Tulang lembu, daging berlemak sikit (2) sup bunjut
3) halia dalam sebesar ibu jari (dititik)
4) garam secukup rasa
Cara - daging tak perlu potong kecik2. rebus 2 jam sampai daging lembut. Masukkan halia, garam.

Bahan hiasan:
1) Hirisan daging dari daging yang direbus untuk buat sup.
2) daun bawang, daun sup
3) bawang goreng
4) lobak asin

Pilihan sambal:
1) sambal kicap (cili padi blend sekali dengan kicap dan sedikit cuka)
2) sambal cili (Serbuk cili dicampur air dan dimasak guna api perlahan sampai pekat)





Solok Lada

- Cili hijau, merah pun boleh
- kelapa muda yang diparut
- ikan kembung
- bawang merah
- santan
- budu atau fish sauce (yang selalu guna dalam thai delicacy)
- Garam & gula secukup rasa

cara:
- Cili potong panjang di bahagian tepi tapi jangan putus.
- buang biji, rendam dalam air garam dalam 5 minit
- isi ikan blend atau tumbuk dengan kelapa parut. seeloknya tumbuk, kalau blend hancur sangat.
- gaul dengan sos ikan pastu sumbat dalam cili
- pastu rebus cili sumbat tu dalam santan sampai santan kering. api sederhana.


Err... part budu atau sos ikan tu... tak pasti pulak ye.. pasal kalau resepi mak aku.. takde..

Tuesday, June 12, 2007

Bebola Ikan Houm'meyd

fish ball home made ni mudah je, tapi tak kenyal macam fishball beli.

isi ikan tenggiri (sebab senang nak asingkan isi dari tulang) blend dengan ais sikit. letak garam, gula sikit, lada sulah, tepung jagung/kanji dalam sesudu dua. gaul sebati.

masa sup menggelegak, masukkan ketul2 fish ball ni. bila dah timbul maknanya dah masak.

eh lupa plak. tau macamana nak buat cekodok bulat2 kan? fish ball tu buat camtu gak.

cara yang lebih jelas
Isi ikan dikisar dengan garam secukup rasa dan sedikit ais err salji pun buleh. Ikan yang terbaik ikan yang kurang tulang macam tenggiri atau mana-mana species adik beradik mackarel. Kembung boleh juga. Yang selalu beli tu guna ikan parang. Ikan salmon aku tak pasti tapi boleh cuba. Satu hari nanti aku nak cuba jugak.

Boleh tambah lada sulah, lada hitam mengikut kesukaan. Campurkan tepung jagung atau tepung kanji sikit. Masukkan ketulan bebola ikan kedalam sup/kuah yang sedang mendidih. Kalau pandai buat cekodok pisang bulat-bulat, macam tu lah nak jadikan fishball tu bulat. Kalau tak reti, buatlah bentuk apa pun. Masuk dalam mulut, kunyah hancur jugak!

Bila kesemua bebola dah terapung, maknanya dah masak.

Cara yang sama boleh diusahakan untuk membuat bebola AYAM dan daging.


Monday, June 11, 2007

MiKari

bahan-bahan

ayam (potong kecik-kecik)
kentang (potong dadu)
serbuk kari ayam (aku suka guna baba's)
santan
kerang (siap direbus dan dikopek)
fish ball (selalunya aku buat sendiri guna isi ikan tenggiri)
bawang merah + bawang putih + halia (kasi blend semua tu)
mee kuning (celur)
taugeh (celur)
sawi (celur)
telur ayam rebus
tauhu kering

1) panaskan minyak. tumis bahan blend sampai naik wangi.
2) masukkan kari yang dibancuh dengan air. tumis sampai naik minyak.
3) masukkan kentang dan ayam. gaul dan masak dalam seminit.
4) masukkan air. biar mendidih. masukkan fish ball.
5) masukkan pati santan, garam. pelankan api.
7) pastu masukkan tauhu kering + kerang. bila dah mendidih untuk kali kedua boleh tutup api tu.

bila nak makan, masukkan mee yang dicelur dalam mangkuk. letak taugeh, sawi, telur ayam. curah kuah kari yang panas tu. letak ler bawang goreng ke, daun pudina ke .. suka hati la. pastu dah leh makan.

p/s: Kata tuan punya resepi nih,
"resipi yang aku bagi ni basic je. pandai2 ler ko olah.
honestly aku tak reti nak bagi sukatan sebab aku masak tak pernah ada sukatan. main agak2 je. hehehhe .. abih camno?" Jadi garam,gula,ajino... agak-agak la ye...