Wednesday, June 12, 2019

Selamat Datang... Jangan Malu-malu....

Blog ni, saja je aku buat, supaya mudah bagi kamu-kamu nak carik resepi, kongsi-kongsi apa juga resepi yang kamu tau dengan semua orang. Jadi, pasal puan ripoter Izinni banyak kali dok tulis resepi kat blog dia, makanya aku kutip la satu-satu, boh kat sini. Bukan kata dia tukang masak yang hebat dan tersohor macam lelaki-lelaki lembut yang selalu muncul kat tibi tu, sama macam kita-kita juga, haha... Cuma dia kan dah tu we (hehe... suri) dan rajin masak, mesti tau banyak resepi yang sedap-sedap... Bila dah ada resepi buleh la dicuba kalau korang nak. Aku... hahah.. belum pernah cuba pun...


Kalau berminat akan resepinya... sila klik saja kat nama makanan yang kamu suka...


Aneka Masakan Mee
Mee Kari
Mee Sup Utara
Mi Bakso

Aneka Masakan Ikan
Bebola Ikan
Patin Masak Tempoyak
Ikan Stim Limau
Ikan Tiga Rasa
Kerisi Kukus

Aneka Masakan Ayam
Ayam Adobo
Ayam Jagung pop
Ayam Asam Pedas
Ayam Goreng 65
Ayam Krismas Khairyn

Sebenarnya.. aku belum mintak persetujuan lagi nih... Dah dapat permisi.. tak kira la dia kata plagiat macam semibelu ngan brendenpariara ke... Apa keja aku nak taip balik semua...


Kalau kamu-kamu rasa nak menyumbang sama... jangan malu-malu... cakap je, nanti aku antar surat jemputan untuk jadik penyumbang kat blog nih...

Friday, July 4, 2014

BISKUT RAYA

Pa'chik rekues resepi biskut raya yang mudah. Makanya aku letak resepi yang aku dah penah cuba. Resepi-resepi ni aku gugel tapi lupa la plak nak simpan sumbernya aku cedok dari mana. Gambar adalah hasil yang aku buat 3 tahun lepas. ;p

1. BISKUT COKLAT CHIP


Bahan-bahan
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang
Cara-cara
1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Goreng badam tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus.

2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yang telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yang telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven degan kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.

2. CRUNCHY OATS



Bahan A:420gm mentega
240gm gula kastor
1½ sudu teh cappucino emulco
½ sudu teh serbuk bikarbonat

Bahan B:
90gm oats
60gm bubble rice

Bahan C:
390gm tepung gandum
90gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Sedikit coklat masakan
Sedikit coklat urai
Sedikit putih telur - untuk celup adunan yang telah dibentukkan

Cara-cara:
1. Putar mentega dan gula kastor hingga sebati.
2. Kemudian masukkan cappucino emulco dan kacau adunan rata.
3. Masukkan oat bersama bubble rice dan kacau lagi hingga adunan sebati.
4. Masukkan serbuk bikarbonat bersama tepung jagung dan tepung gandum. Kacau rata hingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit.
5. Bentukkan adunan menjadi bujur dan kemudian celupkan ke dalam putih telur dan seterusnya golekkan di dalam oat.
6. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit.
7. Masukkan ke dalam acuan kertas dan celupkan separuh bahagian biskut dengan coklat. Hiaskan dengan coklat urai di atasnya.
** Pastikan biskut dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dicelup ke dalam coklat masakan. 


3. BISKUT SAMPERIT PANDAN 
sumber: http://citarasawan.blogspot.com/

Bahan A

200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B

250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.

Cara-cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
  2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.
  3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
  4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
  5. Biskut ini agak nipis, jika nak lebih tebal tindihkan selapis lagi.


4. Coklat chip ala2 famous amos

2 setengah cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
250g butter
Setengah cawan serbuk koko. (kalau nak cookies warna gelap sikit gunakan koko, kalau tak nak pun takpe)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 cawan chocolate chips

Cara-cara

1. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Campurkan dalam satu bekas dan gaul biar rata. Campurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat. Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati. Dalam 3, 4 minit.
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk.
6. Masukkan chocolate chips pulak. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.

Adunan memang akan lembik sikit, tu baru jadi. Kalau keras macam doh karipap or donat, tu tak jadi. Make sure masukkan tepung sikit-sikit dan tengok adunan macam mana. Pre-heat oven dalam 10 minits dengan suhu 170 celcius. Sementara tunggu oven panas, letak adunan dalam peti sejuk.


Selamat mengukis!