Bahan-Bahan:
1 cawan beras biasa (tepung beras)
2 cawan santan cair
10 keping daun pisang 4" x 2 1/2"
1/4 biji kelapa muda diparut
1 keping gula melaka
sedikit debu tepung beras pulut
sedikit air
Cara Membuatnya:
1. Buat intinya dahulu :
a) Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering dan boleh digentel
b) Gentel inti kelapa bulat-bulat sebesar ibu jari
c) Golek-golekkan inti tadi ke atas debu pulut
2. Bancuh tepung beras dengan santan cair, masukkan sedikit garam, kacau sehingga separuh masak.
3. Kacau jangan berhenti untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
4. Untuk membungkusnya, ambil sekeping daun pisang yang telah disediakan. Bubuh 2 sudu tepung separuh masak tadi ke dalam daun pisang kemudian aturkan tiga biji inti dan tutupkan dengan 2 sudu lagi tepung itu.
5. Tutupkan daun pisang ke kiri ke kanan dan lipatkan kedua-dua hujungnya.
6. Aturkan dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak. Bila masak angkat dan hidangkan.
Tuesday, September 25, 2007
Tepung Bungkus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hari tu mak saya buat x buh inti camtu.. letak gula merah je..
baca cerita ko ari tu tau dah.. tu yang letak yang ini pulak... sedap oo.. lemak kelapa tuh..
Sodap...sy suke..
http://www.incomemingguan.net/ekyien/
Post a Comment