Friday, September 28, 2007

Puding Roti

gula secawan
telur sepuluh bijik
susu segar sekotak
mentega sikit...
Roti sandwich 7-10

  1. Panaskan susu segar dengan api kecik jadik kawan, besar jadik lawan...
  2. Pukul telur dan gula sampai kembang kempis macam hidung orang baru lepas berlari 200 meter pecut
  3. Bila susu dah agak-agak panas, masukkan dalam adunan telur dan susu yang korang pukul-pukul tadi... kacau-kacau sampai sebati..
  4. Sapukan mentega kat kedua belah bahagian roti tuh... kalau suka, potong-potong roti jadik kecik... sukati lah nak potong cemana pun..
  5. Aturkan roti-roti yang dah dipotong-potong tu dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega ke serata dinding loyang tu...
  6. Kendian tuangkan adunan susu, telur, dan gula ke dalam loyang tuh... biarkan selama beberapa menet
  7. Masukkan dalam oven,
  8. Hidupkan suis oven tu...
  9. Bakar sampai masak.. [bukan bakar oven ye...]
  10. Dah masak.. keluar kan puding roti yang sudah masak tu dari oven.. kang hangus pulak...
  11. Lepas tu... potong kan separuh, masukkan dalam plastik, bungkus cecantik.. pos kat aku...



NotaKakiMakan
Langkah yang ke sebelas tu.. paling penting... jangan sampai terlupa ya...




Thursday, September 27, 2007

Kerabu Daging




Bahan-bahan :

1 kilo daging (dibakar)
2 biji kelapa
3 ikat daun kesum
5 biji asam limau nipis
1 sudu teh lada hitam
10 ulas bawang merah
sedikit garam dan gula
10 biji lada sulah
2 labu bawang besar
4 biji lada masak / 2 biji lada hijau


Cara Membuatnya :

1. Daging dibakar dan dipotong nipis-nipis.
2. 1 1/2 kelapa diambil santannya.
3. 1/2 biji lagi diparut dan dibuat kerisik.
4. Lada sulah, lada hitam dan bawang merah ditumbuk hingga lumat.
5. Pati santan, kerisik, daging dan daun kesum (dipotong halus-halus) digaulkan hingga sebati.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Taburkan bawang besar dan lada (yang dipotong) di atasnya sebagai perhiasan.



Wednesday, September 26, 2007

Buah Peria


Bahan-bahan :

Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa
sedikit garam
1 helai daun pandan

kulit :
2 cawan tepung pulut - dicampur
1/2 cawan tepung beras - dicampur
3 camca besar santan pekat
1 camca teh air kapur
sedikit air untuk menguli

pewarna

Cara Membuatnya :

1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)

2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.

3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang 6 cm.

4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.

5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah dimasukkan pewarna.

6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.

7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.

8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.

9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.



Tuesday, September 25, 2007

Tepung Bungkus




Bahan-Bahan:


1 cawan beras biasa (tepung beras)
2 cawan santan cair
10 keping daun pisang 4" x 2 1/2"
1/4 biji kelapa muda diparut
1 keping gula melaka
sedikit debu tepung beras pulut
sedikit air



Cara Membuatnya:

1. Buat intinya dahulu :
a) Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering dan boleh digentel
b) Gentel inti kelapa bulat-bulat sebesar ibu jari
c) Golek-golekkan inti tadi ke atas debu pulut

2. Bancuh tepung beras dengan santan cair, masukkan sedikit garam, kacau sehingga separuh masak.

3. Kacau jangan berhenti untuk mengelakkan dari berketul-ketul.

4. Untuk membungkusnya, ambil sekeping daun pisang yang telah disediakan. Bubuh 2 sudu tepung separuh masak tadi ke dalam daun pisang kemudian aturkan tiga biji inti dan tutupkan dengan 2 sudu lagi tepung itu.

5. Tutupkan daun pisang ke kiri ke kanan dan lipatkan kedua-dua hujungnya.

6. Aturkan dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak. Bila masak angkat dan hidangkan.





Sunday, September 23, 2007

KEK COKLAT KUKUS

Bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (nak lebih sedap guna butter cair)
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur

    Cara:
    Campur koko, gula, susu cair, susu pekat manis & minyak ke dalam periuk & masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. utup api, biarkan adunan suam.
    Tepung, soda bikarbonat & baking powder diayak.
    Telur dipukul kembang & dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata & campur tepung.
    Gaul sebati & tuang dalam acuan & jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam ½ acuan je).
    Tutup dengan aluminium foil agar tak masuk wap.
    Kukus selama 1 ½ jam baru keluarkan.


    TOPPING COKLAT
Bahan-bahan:
  • 250 g coklat masakan } potong kecil2
  • 1 sudu besar majerin
  • 130 ml double cream atau whipping cream
  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat:

  • Cairkan coklat secara double-boiler
  • Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati.
  • Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli

dah tak ingat ambik resipi kat mana..



BalikRumah

Saturday, September 22, 2007

Jala Mas


Bahan-Bahan :


10 biji telur merah ( telur itik)
2 biji telur merah (telur ayam)
1/2 sudu makan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

air yang jernih dalam kulit telur diambil semua ( bukan putih telur)-biasanya kalau kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita akan lihat terdapat air yang jernih


Cara Membuatnya:
  1. Merah telur dicampur dengan air yang jernih yang terdapat dalam kulit telur tadi ke dalam satu mangkuk dan kacau dengan senduk perlahan-lahan lalu ditapis dengan kain jarang, lepas itu masukkan telur ke dalam bancuhan tadi.
  2. Masukkan gula dengan air sejuk dan daun pandan serta bunga cengkih, bila mendidih dan pekat sedikit air gula itu, boleh dimasukkan bancuhan telur dan dikirai dalam air gula.
  3. Bila sudah masak diangkat jala mas itu dengan batang buluh kecil dan lipatlah memanjang atau sesuka hati.




BalikRumah

Friday, September 21, 2007

Tepung Tukil

1 cupak tepung pulut kering -digaul

1/2 gelas tepung pulut hitam - digaul.....

1/2 kati gula

1 biji kelapa

5 batang buluh tukil (4 inci panjang & 1 1/2 inci lebar)

Periuk tanah untuk mengukus

Tempurung yang ditebuk kecil-kecil

garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :

1. Gula dimasak sehingga hancur.

2. Gaulkan tepung dengan air gula yang telah dimasak sehingga sebati.

3. Masukkan ke dalam tukil dan kukus sampai masak.

4. Angkat dan gaul dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula.



BalikRumah

Monday, September 17, 2007

Akok


resepi ni aku jumpa lam internet gak.. malas nak nanya mak aku...
Bahan-Bahan:
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kg gula melaka [taknak manes, pakai 3/4kg je la..]
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ½ biji kelapa

Cara:
Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.


Friday, September 14, 2007

Mi Bakso

Bahan A:
1 paket bihun, celur dalam air mendidih, ketepikan.
Bebola daging boleh dibeli di pasaraya.
Atau untuk membuatnya:
1/2 kg daging cincang
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit garam.
Gunakan pengisar yg tidak menggunakan air, kisar bahan-bahan ini, bulat-bulatkan dan ketepikan.
Bahan B:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 biji buah pala
1/2 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
5 sudu makan minyak
1 kiub daging/ayam jika suka
4 liter air
Bahan sambal
50 sen cili padi
2 ulas bawang putih, kukus dan haluskan
Bahan hiasan
1/2 kg sawi hijau, potong
30 sen daun bawang & daun sup, hiris
Bawang goreng
Sos tomato dan kicap manis
Cara
Kisar bawang merah, bawang putih dan buah pala. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan air. Setelah mendidih masukkan garam dan lada sulah, baru masukkan bebola daging, apabila daging timbul, angkat dan ketepikan. Celur pula daun sawi dalam sup, angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, bubuh bihun dalam mangkuk bersama bebola daging dan sawi. Tuang supnya, tuang sedikit tomato sos dan kicap manis, daun sup dan daun bawang, bawang goreng, sambal cili padi dan hidangkan.




Thursday, September 13, 2007

Ayam Goreng 65

Ayam Goreng 65

Bahan A:

1 ekor ayam potong 10/12, bersihkan
1/4 cawan tepung jagung
1/4 sudu teh warna merah
1/4 sudu teh warna kuning
1 biji bawang besar }
4 ulas bawang putih} kisar
1 cm halia }
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:

1/4 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
Minyak secukupnya

Cara

Gaul semua bahan A dan perap selama 4 jam atau lebih baik semalaman dalam peti ais. Goreng hingga masak, angkat dan sejukkan.

Panaskan kuali dengan api kecil, tuang sedikit minyak. Masukkan cili dan tomato sos. Biarkan panas baru masukkan ayam goreng. Balik-balikkan hingga rata dan kering. Angkat. [jangan lelama, nanti ko lenguh, letak la lam pinggan ke mangkuk ke, letak atas meja...]

[ini resepi wann sebenarnya]