Bahan-bahan
1 gantang (3.5kg) beras Basmathi
1-2kg daging lembu/ kambing
1 tin (454gm) minyak sapi QBB
5 labu bawang besar
2 botol sos tomato Delmonte
1 tin susu cair
1 genggam cendawan India (Shaimah Hindiyyah)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
Rempah Nasi (Dikisar)
9 kuntum bunga lawang
10 batang bunga cabe
1.5 biji buah pala
1.5 s/b ketumbar
38 ml jintan (1/3 jintan manis + 2/3 jintan putih)
Rempah Sup
4 kuntum bunga lawang
3 btg kayu manis (2 inci setiap satu)
37 biji buah pelaga hindi
45 kuntum bunga cengkih
2 s/b jintan (1/3 jintan manis + 2/3 jintan putih)
Sedikit buah pala
1 s/b lada hitam
Rempah Menumis
7 inci kayu manis
35 biji buah pelaga hindi
43 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak
- Rebus daging dengan rempah sup. Tambah garam dan masak hingga daging empuk.
- Rempah nasi yg telah dikisar dibancuh dgn sos tomato.
- Tumis bawang besar sampai kekuningan.
- Masukkan rempah menumis, serbuk kunyit dan serbuk cili serta bancuhan rempah sos tomato tadi.
- Masukkan daging yg telah empuk direbus dan biarkan dalam 15 minit.
- Masukkan air sup sama dengan sukatan beras.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Bila mendidih, masukkan susu cair dan cendawan india serta beras yang telah dibasuh.
- Boleh tambah daun ketumbar dan pudina untuk lebih enak.
Boleh didapati di kedai rempah-ratus di sekitar Masjidil Haram, Mekah dan digunakan untuk menambah aroma Nasi Bukhary
Nota Kaki:
- Daging lembu/ kambing boleh diganti dengan ayam (untuk yang banyak penyakit la kan)
- Yoghurt boleh ditambah sebagai pelengkap hidangan
- Sedap dimakan dengan jelatah, sambal lada dan paceri nenas.
- Resepi ehsan seorang kawan