Tuesday, December 30, 2008

ayam seksih Krismas 2008

Ayam.. aku kan suka ayam

Ni resepi aku ubah suai dari ayam belanda... kira golongan ayam gak kan?


Bahan utama mestilah ayam kan? Pastikan ayam tu seksih dan cun. Ayam aku kurang cun sket sebab ada luka kat tangan dia.. tapi janji ayam lah kan.

Kalau ayam tu ayam beku, biarkan dulu dalam suhu biasa. Kang beku-beku di bakar keluar air jer. Aku biarkan semalaman nak bagi dia dalam room temperature. Basuh luar dalam dan keringkan.






Untuk isi dalam, aku guna bawang, lobak merah, capsicum dengan seleri. Kalau nak ikut resepi asal guna parsley daun ketumbar kan? Rasanya la.. tapi sebab aku tak jumpa, aku guna capsicum dengan seleri. Potong-potong.





Guna minyak zaitun atau mentega, sapu bahagian dalam ayam. Perah separuh biji lemon dalam bahagian ayam tu dan masukkan sayur-sayuran yang dah dipotong tu. Sumbat bontot ayam dengan aluminium foil, tak mahu isinya terkeluar. Sapu bahagian luar dengan mentega atau minyak zaitun. Letak garam dan lada hitam.Ikat kaki ayam dengan kepak. Telangkupkan untuk dibakar. Kalau terlangkup bahagian dada ayam tak kering sangat sebab jus ayam akan ke situ.





Bakar dalam oven selama setengah jam dalam suhu 200C, lepas setengah jam turunkan suhu hingga 160C dan bakar selama 2 jam. Tapi cek la kalau dah masak. Potong tepi sikit kalau nak tengok dalamnya dah masak ke belum. Bukak ikatan dan baringkan ayam. Sedia untuk dimakan lah tu






Ayam bakar biasanya dimakan dengan sayur bakar.
Buat sayur bakar ni pun senang aje. Kuantiti ikut suka.
1- Bawang besar sebiji dipotong empat
2- Lobak merah dipotong besar
3- Kentang dibasuh dan dipotong empat or dua
5- Capsicum potong besar
6- Parsnip. Aku rasa bukan lobak putih sebab parsnip ni manis rasanya. Potong besar gak.
Masukkan semua dalam dulang pembakar yang dah disapu mentega.Letak dua sudu besar golden syrup tapi aku rasa boleh ganti dengan madu kot. Letak satu sudu besar air panas. Lambung-lambung sayur tu bagi serata dah tu bakar dalam oven suhu 160C selama sejam. Cek la kalau agak2 kentang dah masak tu boleh lah keluarkan. Makan dengan ayam.

Untuk Sos ayam pula aku guna minyak ayam tadi. Masak balik campur dengan epung jagung dan setengah cawan air. Letak thyme dan rosemary hahahahha tak dak? guna ajelah mixed herb. Letak garam letak lada hitam secukup rasa. Masak jaga-jaga jangan bagi berketul. Agak-agak dah masak tu, masukkan dalam blender dan blend. Guna hand blender senang sikit.

AMARAN
Resepi ni aku ubah suai ikut suka hati aku jadi ubah suailah ikut sukahati korang juga. Biasalah kalau tak sedap tu gunalah sos cili kan hahahaha... tapi ayam jarang jer tak sedap.




Wednesday, October 8, 2008

Rol Tapak Kuda

BAHAN
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
50g tepung gandum
15g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
100g gula caster
50ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
75ml mentega cair
1 sudu makan coklat emulco
secukup coklat Nugotin atau Nutella

CARA
Panaskan ketuar 180-200 darjah C, mengikut kepanasan ketuhar masing-masing. Siapkan 3 loyang berukuran 10"x5"x2", alas dasarnya dengan kertas minyak. Lembutkan Nugotin atau Nutella dalam mangkuk atas mangkuk yang berisi air panas (bain-marie) sehingga lembut tetapi kental, supaya mudah disapu di atas kek.

Gaul tepung gandum, baking powder, tepung jagung dan ayak. Masukkan dedalam mangkuk mixer campuran tepung, kuning dan putih telur, gula caster, susu segar, ovalette dan esen vanilla. Putar sebentar perlahan supaya bahan-bahannya bergaul rata. Seterusnya tingkatkan kelajuan mesin dan masukkan mentega cair, sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Hentikan mesin dan keluarkan sebanyak 250 gram adunan. Tuang kedalam mangkuk lain dan campurkan coklat emulco, kacau rata dan ketepikan.

Isi adunan coklat kedalam paiping bag dan picit didalam loyang-loyang yang disediakan. Buat yang sama dengan adunan putih dan picit diatas adunan coklat.

Bakar dalam ketuhar selama 5-7 minit sahaja. Jangan bakar terlalu garing supaya kek tidak mudah merekah ketika melipat bentuk tapak kuda.

Apabila masak, keluarkan kek dari loyang, kopek lapisan kertas dan biarkan kek sejuk sebentar. Sapukan coklat Nugotin/Nutella diatas kek, lalu dilipat dua memanjang, dari hujung ke hujung. Dinginkan sebelum dipotong kepingan selebar 1.5cm.

PANDUAN
Adalah lebih baik jika kek rol ini dibekukan di dalam peti ais. Keluarkan dari peti ais 1 jam sebelum dihidang.


Wednesday, September 17, 2008

Nasi Ayam Melayu

Bahannya:
* 1 ekor ayam
* 2-3 daun pandan dipintal
* 1 keping halia dititik
* 1 cteh garam
* air secukupnya untuk merebus ayam

Untuk dilumur pada ayam yang telah direbus:
* 2 ulas bawang putih}
* 1 keping halia } dihaluskan
* 1 cteh serbuk kunyit
* garam secukup rasa
* 1 1/2 cteh madu

Untuk hiasan:
* daun lettuce
* Timun dan tomato - dihiris
* Bawang goreng

Cara untuk memasak ayam:
Jerang air bersama garam, daun pandan dan halia di dalam sebuah periuk besar sehingga mendidih. Setelah betul-betul mendidih, masukkan pula ayam, dan rebus selama 10 minit. Angkat dan ketepikan. Simpan air rebusan ini untuk memasak nasi dan membuat kuah supnya. Lumur ramuan halia dan garam di merata-rata ayam rebus yang masih panas itu. Kemudian lumurkan madu pula.

Pijarkan minyak di dalam sebuah kuali. Masukkan ayam dan kecilkan apinya sedikit. Goreng sehingga garing-garing lembab.


Bahan untuk nasi:
* 500g beras dicuci dan ditos
* 2 ulas bawang kecil }
* 2 ulas bawang putih} dicincang halus
* 1 1/2 cbsr minyak bijan
* 2 helai daun pandan dipintal

Caranya:
Pijar minyak, tumis bawang-bawang cincang sehingga wangi. Masukkan pula beras, digaul rata dengan minyak selama 5 minit. Pindahkan beras yang telah ditumis ke dalam periuk memasak nasi, tuangkan 2 1/2 cawan air rebusan ayam dan masak sehingga tanak.


Bahan untuk kuah sup:
* Air rebusan ayam
* Kaki ayam (ceker) dan mempedal
* 1 tangkai daun sop
* 2 tangkai daun bawang
* garam secukup rasa
* serbuk lada putih
* bawang goreng - utk taburan

Carannya:
Jerang air bekas rebusan ayam yang lebih itu bersama ceker serta mempedal. Setelah mendidih bubuh perasa, daun sop dan bawang. Sebelum dihidang, asingkan ceker dan mempedalnya. Tabur bawang goreng di atas sop itu.


Bahan untuk cili sos:
* 15 batang lada kering
* 10 batang lada merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 cawan air

Masukkan kesemua bahan-bahan diatas kedalam alat pengisar, dan kisar sehingga halus.

* 1/2 cawan air
* 2 cbsr gula merah
* garam secukup rasa
* 3 biji limau nipis - ambil air perahannya

Caranya:
Masak kesemua bahan yang telah dikisar bersama air, gula merah serta garam sehingga sebati. Angkat ketepikan dan campur pula air perahan limau.



Thursday, June 12, 2008

Kek Buah


250 gm tepung gandum

220 gm gula aising

1 buku mentega

3 biji telur (saiz besar)

1 kotak buah-buahan campuran

3 sudu oren sunquick




1. Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.

2. Masukkan telur, pukul hingga kembang.

3. Masukkan oren sunquick.

4. Masukkan tepung dan buah-buahan campuran. Kacau sehingga sebati.(Jangan terlalu lama)

5.Tuang ke dalam bekas yang sesuai.

6. Bakar sampai masak.:)



Thursday, May 1, 2008

Nekbat


Bahan-bahan :
  • 10 biji telur
  • 10 sudu gandum(digoreng)
  • acuan baulu
  • 1/2 kilo gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 5 kuntum cengkih


Cara Membuatnya :
  1. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.
  2. Ambilkan 5 senduk telur yang dipukul tadi ke dalam mangkuk yang lain.
  3. Masukkan gandum yang digoreng tadi sedikit sahaja.
  4. Kacaukan ia biar sebati hingga menjadi pekat seperti adunan baulu.
  5. Setelah betul-betul pekat, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dengan menggunakan satu sudu besar.
  6. Panaskan acuan itu dengan menggunakan api di atas dan di bawah.
  7. Buatlah sedemikian hingga habis adunan.

Cara Menyira :
  1. Gula dimasak dengan air dan bunga cengkih.
  2. Setelah air mendidih, masukkan cek mek molek ke dalam air gula itu.
  3. Balikkan ia supaya air gula itu meresap




Friday, February 15, 2008

Kerisi Kukus

Memandangkan sekarang adalah musim berpantang bagi yang empunya diri, jadi resipi pun resipi orang dalam pantang la ya. Tapi, orang bukan dalam pantang pun buleh makan juga ..

Bahan-bahan:
Ikan kerisi
Bawang besar
Bawang putih
Halia (hiris halus)
Lada hitam
Cili kisar
Lobak jeruk
Carrot
Lobak putih
Garam
Gula
Cuka

Cara:
1) Ikan kerisi disiang, dibersih dan dikelar. Lumur garam dan lada hitam yang ditumbuk ke seluruh badan ikan. Masukkan dalam pinggan.
2) Taburkan halia dihiris nipis, lobak jeruk, carrot dan lobak putih yang dipotong nipis.
3) Kukuskan ikan sehingga masak.
4) Di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih sampai layu. Kemudian masukkan cili kisar mengikut citarasa. Nak pedas letak lebih. Tumis sampai naik minyak.
5) Masukkan cuka. Tumis lagi sampai cukanya kering dan bahan tumisan naik minyak sekali lagi.
6) Masukkan air ikut suka nak banyak mana. Garam dan gula secukup rasa.
7) Bila dah masak, tuangkan kuah keatas ikan yang dah siap dikukus. Makan masa lauk dan nasi masih panas-panas.



Thursday, January 24, 2008

Kerabu Kaki Ayam

Ni resepi kerabu kaki ayam yang ringkas.. kaki ayam bintang tu ya.. bukan orang yang berkaki ayam...

Kaki ayam lam lima pasang [buleh gak pakai kaki ayam yang dah siap disiang yang ada dijual kat supermarket tuh..]


bahan 1
Cili padi 3-5 ekor [nak pedas, tambah lagi...]
serai sebatang [tengok saiz lah...]
bawang merah 2-3 bijik
daun ketumbar setangkai dua

bahan 2
kicap sotong siam tuh [err.. sos ikan lah...]
[kalau ikut.. aku ada lagi satu kicap siam punya gak... cap tudung mas... ni pun masuk gak...]
gula sikit [kalau suka lah...]
1 sudu sos tiram
air limau nipis dalam 2-3 sudu [sukati lah nak masam lebih tambah lagi...]

memula, rebus dulu kaki ayam sampai lembut lah...

memula mayang halus semua bahan 1 tuh... masukkan lam satu bekas...

pas tu, buh la bahan 2

udah tu.. bila kaki-kaki ayam tu dah lembut... potong-potong lah bagi kecik-kecik [kalau nak potong dulu sebelum rebus pun buleh...]

sudah tu, masukkan lah sekali kaki-kaki ayam, tu dalam bekas tadi, amik sikit air rebusan tadi, gaul-gaul, penyek-penyek lah semua benda lam bekas tuh.. sampai korang rasa dah bergaul mesra...

pastu, amek buh lam pinggan ke piring ke.. mana-mana lah... kalau nak makan sendiri, buleh je amek terus dari bekas tuh... ekekek...

[buleh saja tukar jadi kerabu perut... cuma tukar bahagian kaki ayam tu kepada perut.. yang lain sama je... sotong, udang, buleh gak...kalau ikan bilis... tak yah masuk kicap sotong tuh... kang tak pasal masin berdengung-dengung....]