Wednesday, October 8, 2008

Rol Tapak Kuda

BAHAN
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
50g tepung gandum
15g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
100g gula caster
50ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
75ml mentega cair
1 sudu makan coklat emulco
secukup coklat Nugotin atau Nutella

CARA
Panaskan ketuar 180-200 darjah C, mengikut kepanasan ketuhar masing-masing. Siapkan 3 loyang berukuran 10"x5"x2", alas dasarnya dengan kertas minyak. Lembutkan Nugotin atau Nutella dalam mangkuk atas mangkuk yang berisi air panas (bain-marie) sehingga lembut tetapi kental, supaya mudah disapu di atas kek.

Gaul tepung gandum, baking powder, tepung jagung dan ayak. Masukkan dedalam mangkuk mixer campuran tepung, kuning dan putih telur, gula caster, susu segar, ovalette dan esen vanilla. Putar sebentar perlahan supaya bahan-bahannya bergaul rata. Seterusnya tingkatkan kelajuan mesin dan masukkan mentega cair, sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Hentikan mesin dan keluarkan sebanyak 250 gram adunan. Tuang kedalam mangkuk lain dan campurkan coklat emulco, kacau rata dan ketepikan.

Isi adunan coklat kedalam paiping bag dan picit didalam loyang-loyang yang disediakan. Buat yang sama dengan adunan putih dan picit diatas adunan coklat.

Bakar dalam ketuhar selama 5-7 minit sahaja. Jangan bakar terlalu garing supaya kek tidak mudah merekah ketika melipat bentuk tapak kuda.

Apabila masak, keluarkan kek dari loyang, kopek lapisan kertas dan biarkan kek sejuk sebentar. Sapukan coklat Nugotin/Nutella diatas kek, lalu dilipat dua memanjang, dari hujung ke hujung. Dinginkan sebelum dipotong kepingan selebar 1.5cm.

PANDUAN
Adalah lebih baik jika kek rol ini dibekukan di dalam peti ais. Keluarkan dari peti ais 1 jam sebelum dihidang.